Thursday, 15 September 2016

Macam biasalah tajuk -- "Train To Busan" di mata aku

aku bukan nak review movie. tapi aku tak tahan kalau tak tulis balik sentimen yang terkumpul sepanjang menonton filem ini. ah, payah obses dengan sentimen ni. kartun pun aku boleh emosi beria apatah lagi untuk filem yang memang semua orang boleh rasa sedihnya ni.

semua orang yang dah tonton "Train To Busan" sudah sedia maklum filem ini adalah tentang kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya - itu tema yang paling utama. ya, sangat. setidaknya lepas tengok cerita ni kita jadi nak lagi appreciate ayah kita. sebab ada masa kita tak dapat nak hadam tindak tanduk ayah kita. kadang-kadang kita rasa mereka tak faham kita. dan ada masa kita rasa ayah selalu buat apa yang kita tak suka. sampai tahap tertanya-tanya sendiri - ayah sayang kita atau tak sebenarnya?

apa yang aku nampak dalam Train To Busan, bila kita ada seseorang untuk kita lindungi, kita akan jadi berkali ganda lebih kuat untuk hadapi apa saja ibtila' yang ada di depan mata. macam mana hero sebagai ayah struggle habis untuk survive. sama juga macam watak suami yang ada isteri mengandung tu. they fight with all their might because they have someone to protect. lain hidup sendiri dengan hidup untuk orang lain. nak tak nak mereka kena survive untuk pastikan anak dan isteri mereka selamat. kalau mereka tak selamat, siapa lagi nak lindungi anak isteri?

jadi logiklah kalau mereka boleh survive. bukan sebab mereka semata hero filem sebab hero filem mestilah akan selamat. tak. i can see the reason why. logik. they not just live for themselves. 

dan kalau nak cerita tentang 'ibrah, banyak aku rasa. tapi antaranya kita janganlah jadi manusia yang pentingkan diri, hidup sampai mati cuma susahkan orang macam watak pakcik CEO Stallion Express tu. tahu nak selamatkan diri sendiri saja sampai tak pandang orang lain, siap sanggup korbankan orang lagi demi nak selamat diri sendiri. 

and lagi satu yang cun adalah tentang pakcik yang macam pelik tu. yang macam selekeh tu. nampak macam menyusahkan orang at first. rasa macam watak pakcik tu sekadar kalau-ada-okay-kalau-takde-pun-okay. tapi bila tengok balik kalau bukan sebab mereka tolong pakcik tu, mereka pun belum tentu boleh hidup. sebabnya in the end pakcik tu juga yang korbankan diri semata nak bagi selamat anak-anak muda tu. beautiful kan? :)

so, setiap orang ada peranan masing-masing. kita nak hidup kita dengan habkah yang macam mana. kita nak peranan kita ni memberi manfaat atau sekadar jadi penyusah kepada orang lain. kita boleh pilih. Allah bagi pilihan. kalau ikutkan boleh saja si hero tu bunuh pakcik CEO yang annoying tu. tapi masalahnya hati orang lain tak busuk macam hati pakcik tu. tak semestinya orang buat kita, kita kena buat orang balik. perlu ke nak busukkan sekali hati kita sebab hati dia yang busuk?

memang banyak sindiran sinis dalam filem ni. cuma kena buka otak luas-luas untuk fahamkan maksud yang nak disampaikan sebab pastinya yang tersirat lagi banyak dari yang tersurat.

nah siapa yang belum tengok boleh download dekat sini :


DOWNLOAD TRAIN TO BUSAN

Title: Train to Busan (2016) (South Korea Movie)
Rating: 7.8 (Voted by 676 peoples)
Language: Korean
Genre: Action, Horror, Thriller
Actors: Yoo Gong, Dong-seok Ma, Woo-sik Choi, Yu-mi Jeong
Plot: While a zombie-virus breaks out in South Korea, a couple of passengers struggle to survive on the train from Seoul to Busan.
URL: http://www.imdb.com/title/tt5700672

*****
Quality: HDRip
Subtitle: Malay, Indonesian, English
Encoded by: G3M

~720p Direct link (973MB):
2: https://feev.net/Cq
1: https://feev.net/Cr