Tuesday, 21 November 2017

kopi apa yang paling pahit? -- kopilih dia dari aku.

aku nak buat pemberitahuan.

aku dah lama sebenarnya memilih antara dua. aku dah lama perhati yang di sana. aku dah lama mahu fokus pada dia saja. tapi dalam masa yang sama aku terlalu berat hati untuk tinggalkan yang di sini. di sini banyak kenangan. dia dah banyak telan sakit perit aku. dia dah banyak senyum dengan gembira tawa aku. dia dah selalu bertahan dengan amarah dan kecewa aku. jadi keputusan ini tak mudah walaupun kedua-duanya ada kelebihan dan keburukan masing-masing. tapi, nobody's perfect kan?

jadi aku mahu jemput kalian ke majlis aku.

aku dah buat keputusan. insyaAllah aku pilih yang di sana. aku pilih untuk menjadi penghuni tetap di sana. bukan lagi di sini. tapi kalau tiba-tiba rindu, aku baliklah jenguk sebentar.

cumanya sekarang aku masih mahu pilih dia.

tulisan-tulisan di sini pun banyak yang dah aku simpan. tidak lagi di-publish atas alasan tertentu. antara sebab berat hati untuk tinggal, sebab aku tahu kau masih di sini menunggu membaca aku. tapi tak apa kan kalau aku pindah rumah? cuma rumah saja yang berbeza tapi penghuninya masih lagi tuan yang sama. dan tetamunya masih juga engkau kan?

jemputlah datang. akan aku muliakan engkau sebagai tetamu di rumah baruku. 😊

kalau sudah sampai jangan lupa ketuk pintu. sebelum masuk rumah, basuh kaki dulu ya. jangan lupa ucap bismillah. aku tak mahu jin masuk sekali.





fi hifzhillah untuk aku dan kalian. ingat, jangan pernah putus asa dari rahmat Allah. semoga kita boleh jadi orang yang semakin dekat dengan Allah dari hari ke hari.

assalamu'alaikum.