Wednesday, 29 May 2013

Berubahlah walaupun payah.

perubahan. changes.

senang diungkap, payah dibuat.

"bro, aku nak berubah. aku dah taknak macam dulu"

"aku nak berubah jadi lebih baik."

"aku rasa dah sampai masanya untuk aku berubah."

bagaimana boleh terdetik di hati kita untuk berubah ? 

apa yang aku tahu, kebanyakan orang yang ingin berubah adalah kerana mereka telah melalui sejuta jenis kebodohan lewat hidup mereka. banyak kali hati terluka sakit, berdarah tiada siapa yang kisah dan ambil cakna. mereka sedar mereka hidup dalam keadaan yang tidak sepatutnya. lebih-lebih lagi bila bertemu sahabat-sahabat yang soleh dan solehah. lagilah terasa diri ini jahil dan buta dalam mengenali hidup. lalu, hati berdetik, "aku mahu berubah." tapi yang anehnya, mahu berubah itu tidak sesenang yang kita sangka. rupanya, berubah itu menuntut seribu sakit dan pengorbanan. 

lalu dia pun putus asa. mahu berubah. tapi susah. orang-orang sekeliling pula asyik bicara yang bukan-bukan di belakang, "ah, sok suci kamu." "berlagak nak jadi baik." "dah nak mati ke wei?" dan macam-macam jenis herdikan yang diberi. lagilah tambah putus asa untuk berubah. hm, kalau berubah, nanti takut tak mampu untuk istiqamah. takut cuma keinginan yang sementara. aneh ya, belum dibuat tapi sudah difikir natijahnya. kenapa tidak cuba dulu ?

embrace life's storm. they're part of journey too.


kawan, jangan takut nak berubah. kau hidup tak sendirian di dunia ini. akan ada tangan-tangan yang akan bantu kau dalam menempuh jalan lurus yang berduri ini. dan kau jangan lupa, kau hidup kerana apa ? kita hidup bukan untuk cari redha manusia. tapi redha Tuhan yang telah menciptakan seluruh alam ini. persetankan kata-kata yang meloyakan dari manusia-manusia yang iri. sungguh aku kata, mereka iri sebenarnya. mereka juga mahu jadi seperti kau, iaitu berubah kearah yang lebih baik tetapi mereka tidak mampu. kerana itu mereka berkelakuan seperti itu.

aku dulu, bertudung singkat tapi cuba pakai handsock. orang sudah kata aku berlagak malaikat. itu belum aku pakai jilbab labuh lagi. aku dengar nasyid. satu-satunya nasyid dalam handphone, "sejak bila kau dengar lagu cenggini ni? bajet alim ke?" bukan calang-calang yang mengata. kawan-kawan baik sendiri. mana tak sakit ? aku rasa aku sendiri. tak tahu nak kongsi sakit dengan siapa. tapi waktu itu, sedikit pun aku tidak berundur kebelakang. aku teruskan perubahan aku. sebab aku tahu langkah aku  Tuhan iringkan. lagipun, aku ada sahabat yang menyokong. cuma sayang, dia lelaki. dialah yang selalu jadi mangsa tepuk tampar aku dulu. dan dia juga yang selalu ada untuk aku. setiap hari menangis depan Tuhan dan berdoa supaya aku terus kuat dan istiqamah. oh, waktu itu aku baru belajar solat. doa yang tidak putus-putus semoga sahabat-sahabat aku diberikan hidayah. tanpa jemu aku doa dan syukur, doa itu dijawab Tuhan. setelah beberapa tahun. di waktu yang terbaik aku kira. 

Allah ada. kenapa takut tak istiqamah ? kan kita boleh doa ? kalau doa boleh mengubah takdir, boleh menghapus bencana besar, apalagi doa untuk istiqamah. mesti boleh. cuma, kita. yang mahu atau tidak. mahu yang sebenar-benarnya.

kita nak minta jadi kuat, kena mohon dengan Dia yang Maha Kuat. itu satu-satunya cara.

dan bila dah mula untuk berubah, kau perlu prepare fizikal dan mental. kenapa ? sebab setiap langkah kita kearah kebaikan pasti akan ada ujian. dan aku yakin, ujian itu bukan calang-calang. semestinya Dia akan bagi satu ujian yang hebat kerana Dia mahu uji apa hati kita betul-betul mahu 'kenal' dengan Dia. dan selagi kau belum lulus ujian itu, Allah akan uji dan uji lagi, sampai kau lulus ujian yang diberi. 

aku dah berubah dua kali. dan ujian yang sama Allah bagi. dua kali. sebab aku belum lulus ujian yang pertama kali. sakit memang sakit. tapi padan dengan apa yang sedang kita pancing ; redha Ilahi dan syurga abadi.

seringlah hadiri majlis ilmu. bersahabat dengan orang-orang yang soleh. jangan ulang kebodohan yang telah dilakukan. jauhi anasir-anasir yang boleh menjauhkan kita daripada mengingati Tuhan. kita mampu merubahnya.

hargailah kesempatan yang Allah berikan. bukan semua terpilih nak rasa cinta Dia. kita yang hina dina ini, Dia pandang. maka, apa lagi yang kau perlukan? 

tak payah nak hirau sangat dengan sekelililng. bukan mereka yang akan bantu kita kalau kita diseksa. azab Allah itu terlampau pedih. tak tahan. baik sakit di dunia daripada sakit di alam sana. tak sanggup.

hadirkan Allah dalam hati, dan insyaAllah tiada apa yang akan mampu menghalang jalan kita dalam menuju Dia. Allah takkan biarkan mereka 'merampas' kita daripada Dia. tak akan :')

yakin. itu kuncinya. 

dan janganlah terlalu pandang negatif pada diri. "aku ni jahat.tak layak nak jadi baik." Nabi Muhammad saw tidak suka tahu kalau kita kutuk diri sendiri. setiap jiwa layak untuk berubah. pedulikan setan yang ada dalam salur darah kau. kerjanya hanya untuk was-waskan kita. kau rujuk balik Surah Al-Nas. kau layak, untuk dapatkan yang terbaik. kau, yang membaca, mampu untuk memberi manfaat buat ummah. diri kita bukan semata kumpulan perilaku dosa, tapi juga kumpulan perilaku pahala. 




berubah memang payah tapi tidaklah sesusah membajak sawah. itu kata Inche Gabbana. 

bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan. itu kata Hlovate.

jadi konklusinya, berubah memang susah tapi kita boleh buat. kalau aku yang dulu macam setan ni mampu cari jalan keluar dari kepompong jahiliyyah, takkan kau tak boleh ?

peluang yang ada jangan dipersiakan. apalagi peluang itu daripada Tuhan.


"ada orang-orang yang aku kagumkan dan idolakan. 

antaranya, manusia-manusia yang pernah jahil, yang mungkin 'longkang' hidupnya, akhirnya Allah suapkan hidayah dengan tanganNya sendiri, bimbingnya merangkak, berjalan hingga jalannya lebih tercerah dari jalan kita. 

aku cuma tertanya-tanya; agaknya macam mana bentuk rupa ikhlas hatinya, hingga Allah pandang, ambil, dan peluk dengan kasih cinta? 

entah. tapi, mungkin hatinya lebih bersih dari hati-hati kita.

dan mereka-mereka ini telah mengajarkan; pandang manusia, tak boleh sebelah mata. sebab barangkali dua mata pun, aku mungkin tak nampak. 

kerja pandang-memandang, cukuplah Allah saja yang menilaikan. 
hmm." - Kak Umai


kekuatan aku ; Allah Azza wa Jalla. yakin Dia ada bersama. semoga hidayah yang diberi milik kita selamanya. ameen.

ini saja yang mampu aku beri. moga ada manfaatnya.



Sunday, 26 May 2013

Aku, Dia, dan Tarbiyah

cuba kenang kembali detik-detik pertama 'perkenalan' aku dan Tuhan. waktu-waktu bodoh yang keterlaluan. waktu-waktu pemberontakan mendarah daging dalam diri. orang kata, jangan lagi pandang perkara yang lepas. pandang pada masa sekarang dan masa depan. tapi, mana mungkin, kan ? kalau magic spell Harry Potter betul-betul menjadi, dah lama aku cast spell "Obliviate".  biar hilang semua sakit luka yang dulu. senang. alangkah.



tak mati pun berubah jadi lagi baik. sakit sikit je. tapi sakit tu 'indah', tahu? :')


aku suka recall balik apa yang dah lepas. bukan Dumbledore je ada pensieve. aku pun ada. semua orang ada. bila kita lihat balik past kita macam mana, itu sebenarnya akan mendatangkan rasa syukur untuk apa yang kita ada sekarang. what we have become. mungkin, setelah dapat hidayah, kita rasa kita telah berada dalam zone yang selesa, bukan lagi dalam twilight zone macam dulu. kononnya dah masuk "Selvia Haxia" eh betul ke eja macam tu? lantak. dan kebiasaanya bila dah rasa selesa ni, kita jadi mudah lupa susah yang kita rasa dulu. kita pandang orang yang 'tak kenal islam' ni sebelah mata je. mengata mengutuk dah jadi hobi di laman sosial. sebab tu aku kata, penting juga untuk recal balik what we were before supaya kita tak mudah nak hukum orang sesedap rasa. sepatutnya, orang yang dah pernah alami jahiliyyah dan berjaya keluar dari belenggu itu lebih memahami orang-orang yang belum dapat hidayah. sebab we've been there. we've been in their shoes. janganla kutuk bagai. doa la. jangan ingat diri tu baik sangat kalau tak mampu nak bagi doa untuk mereka. 

aku dah jauh tersasar ni. nak cerita benda lain.

bagaimana aku kenal tarbiyah ? bila cinta aku mula bertasbih ?



dan kalau ikutkan, bermulanya 'kelahiran semula' aku sebab dia. -  *klik jangan tak klik*

aku baru nak kenal Tuhan masa tu, then he came. mana tak sakit. aku rasa Allah tak redha dengan apa yang aku rasa. teringat masa tu..

**
masa balik sekolah. nampak dia dekat pagar. hati lain macam tapi lambai dia macam takde apa. dia senyum paggil aku.

"Ainum, bak sini phone."

"ada apa?" aku bagi dia.

dia tekan apa aku tak tahu.

"kau cakap kau nak tanya aku something kan. nah. tapi jangan bagitahu sesiapa." 

dia save nombor dia - Az

"oh. okay."

aku jalan pergi. tetiba kawan aku sekat tengah jalan. si mary (bukan nama sebenar) tanya,

"kenapa dia ambek phone kau? kau ada ke nombor dia? aku nak."

"mana aku tahu. dia saja je lah."

"kalau aku pergi mintak sendiri confirm dapat."

"oh, pergilah mintak." 

playgirl. pantang nampak lelaki handsome. kan ?

**
incoming call - Az

"assalamu'alaikum."

"waalaikumsalam."

"Ainum nak lagu apa ?"

"apa-apa pun boleh. bagi semua yang best."

lagu nasyid. pertama kali aku cuba belajar untuk dengar. dia bagi. antaranya, Ku Merayu. yang pastinya lagu-lagu itu masih ada dalam simpanan. each memory has it's own anthem. yes, indeed.

**

"miss me already, Miss Ainum ? :) "

"I just miss your songkok, Mr. Az. where did you throw it ?"

**

"Miss Ainum, I wanna ask you something."

"Shoot."

"Do you have a boyfriend?"

"No. why?"

"takkan takde yang pernah mintak couple kot?"

"ada je. tapi skema jawapan macam ni lah, Allah has created someone for me. So, no need for that."

"baguslah. no need for coupling. I don't want you to be like me. trapped in a situation where I can't find my way out."

"meaning? elaborate the story, please."

"hm. nothing important."

**

"Ainum, you're afraid. You're afraid of being hurt by someone you like."

"Why do you say so? and how do you know? mana ada."

"You can lie but, you can't hide it. I can see it right through from your face and you eyes."

"Sorry, but you're wrong. and there's nobody I like for now."

**

"I think we're done here. nanti jumpa kat sekolah je la ya. I'll delete your number."

"ok."

**
esoknya, kelas geografi - masuk library. amier the bestfriend duk sebelah. dia buat lawak, aku takleh stop gelak. tengah gelak-gelak, tetiba ada kelas lain masuk. aku pandang depan. jantung berdenyut mengalahkan baru sudah merentas desa. meja depan. straight to me, it's him. 

dia senyum. aku senyum. rasa senyum dia lain. aku pun rasa senyum aku lain.
dia sambung buat kerja. kemudian dia pandang lagi. aku dah memang tak boleh nak angkat muka. straight forward kot. then dia senyum menyindir sambil buat tanda haa nak mengusik. *tanda ha? haha takleh blah*

his eyes asked me - "who's the boy next to you? you said you've no boyfriend."

aku senyum sambil geleng-geleng.

lepas tu, masa untuk kelas aku keluar. aku pergi simpan buku. berdiri dekat meja. tiba-tiba rasa ada orang kat tepi. aku pandang. oh, dia rupanya. dia buat tak tahu lepas tu baru pandang aku. dia tengah baca satu buku. then he handed me the book. aku ambil - "Selawat Penenang Jiwa". aku pandang balik, dia dah kembali ke meja dia.

hati kau .. gelisah juga ya ? apa kita sedang kongsi gelisah yang sama ?

**

akhir tahun..

"cantik pakai jilbab. semoga istiqamah menuju jalan solehah. :)"

"siapa ni?"

"M. A."

rasa jantung berhenti on the spot. tapi hidup lagi. fikir balik. bila dia tengok aku? oh, masa solat hajat perdana tu mungkin. pertama kali aku pakai jilbab di sekolah. aku duduk dalam kelas. tiba-tiba beberapa orang pelajar lelaki jalan tepi koridor. dia ada masa tu. ya aku ingat. dia terkejut tengok aku. dia senyum tawar. aku balas. aku ingat dia tak perasan.

"ada apa-apa dengan mus ke ?"

"kenapa tiba-tiba keluar nama mus?"

"takdelah. rasanya mus suka ainum."

kalau dia suka pun kenapa ? kau cemburu ?

**

another year. first time duk hostel. tengah ngaji tiba-tiba nampak bayangan histeria. dalam surau. dan tak sampai seminit tetiba ada student perempuan menjerit dekat hujung saff. dan bermulalah histeria yang nyata. dalam surau. quran aku jadi mangsa si abdullah tu nak rawat pelajar yang sakit. dia kawan Az. kemudian dia hilang pergi mana. dengan quran aku sekali takde. menangis cari kekasih hati yang hilang.

kemudian kapten aspuri bagi. dia cakap budak tu cakap terima kasih. balik dorm, buka quran nak ngaji. tiba-tiba jatuh kertas.

"Ainum, terima kasih. maaf lewat hantar." 

siap dengan nombor phone dia letak. kau ingat aku nak ke? kenal pun tak. erk.

malam seterusnya, histeria lagi. kebetulan aku ada di situ. aku tolong mana yang patut. 'ustaz' tu datang. dia suruh aku bacakan ayat qursi pada air. kenapa mesti aku? kemudian ustaz hamzah datang. dia uruskan. lepas settle, yang lain blah. aku pun. tiba-tiba ada yang panggil,

"Ainum.."

aku tengok belakang. oh, 'ustaz' tu lagi.

"takde apalah."

tiba-tiba si Az datang. dia senyum sengih pandang kami.

"ehem." 

aku terus blah. 

Az, senyum tu betul-betul wujud atau kau cipta sehabis daya ?

 **

dan kisah kami terhenti di situ. dah jadi guru English kot. dia dah nikah, mungkin ?
aku tak kisah. semua perasaan tu dah hilang. aku dapat cinta yang lebih daripada Tuhan. tak pernah sebelum tu aku rasa sakit yang amat dalam dada. sakit sakit, aku tak tahu bagaimana. sakit yang sampai aku tak boleh nak bercerita dengan sesiapa selain daripada Allah. di situlah mulanya penghijrahan yang sebenar. bukan senang rupanya mahu kawal apa yang hati mahu.

lawan dan lawan dan lawan. hingga akhirnya hati aku jadi tegar tak mampu nak pandang sesiapa setelah dia. bertahun-tahun rasa itu wujud dalam hati hingga akhirnya hati ini jadi muak sendiri. lepaskan, sebelum ia jadi racun pada jiwa.

dan aku berjaya. alhamdulillah. dia dah pergi. hilang entah kemana. tapi Allah masih ada bersama aku. sentiasa ada.

aku. dia. dan tarbiyah.

kisah tarbiyah kita mungkin berbeza walaupun kita sedang menuju Tuhan yang sama.

dan 'dia' tu boleh jadi sesiapa sahaja.

untuk kau, dia itu siapa, kawan ?

:)


Thursday, 23 May 2013

A Piece of Writing for Shakespeare


     Literature is my overwhelming passion. I admire William Shakespeare so much. He is the greatest English writer in the world.  I have one big dream. No one knows my desire. Nobody ever bother to know. When I was in Year Three, there was a group of friends who had asked me what I want to be when I grow up. I replied them confidently with “I want to be the second Shakespeare!” and what I got just a nasty laugh from them. It made me down a little bit. I keep asking myself that am I not good enough for it. Even I myself cannot make sure that my dream will come true. I really want to be like him someday until I can feel the blood of the writer is running in my veins. Then I just change my way of thinking. I will take all the laughs as the strength to put me on my mettle.

     I love Shakespeare’s masterpieces so much because of his words that hard to understand and it makes me more eager to dig the literary meaning of the arts of writing.  He was both an English poet and a playwright, and widely regarded as pre-eminent dramatist. I remember the first poem of Shakespeare that I read when I was in secondary school. The title was Life’s Brief Candle. The poem is about time that moving so slow after losing the loved ones. It was hard to live without our loved. That was what storied in the poem. The story was about Macbeth who lost his wife. He took to heart the death of his wife until he felt nothing left. Shakespeare told in the poem that the world is like a stage and people were the players. I have to do some research to know the real meaning of this poem, but it worth the effort. I think I gain knowledge. It does not matter what type of study we are learning. It is matter to know how we should perform it into good deeds. Like what Shakespeare said, “There is nothing either good or bad, but thinking makes it so.” 

     The famous Romeo and Juliet is one of the successful art created by William Shakespeare. It was a tragedy story written early in the career of his playwright. The story is about two young star-crossed lovers who went through lot of obstacles in order to defend their love. Juliet was a princess yet Romeo was just a man. The ending of the story was both of them have died. Juliet took a drug that caused death-like coma and because of the misunderstood, Romeo thought she really died. Then he drank poison that brought him to death. Juliet awakened and saw the dead body of her lover, so she stabbed herself with his dagger. As a Muslim, I do not really like this play because the religion never allowed to suicide no matter what the reason is. However, in a second though I think the story was brilliant. I learned that love is blind.
  

“My love is strengthened, though more weak in seeming;
I love not less, though less the show appear;
That love is merchandized, whose rich esteeming.
The owner’s tongue doth publish everywhere.”


     This is a part of one of the Shakespeare’s sonnet. I find it is hard to understand his sonnet as the words using are so high in level. Sonnet means a poem that has fourteen lines and each containing ten syllabus which is also a fixed pattern of rhyme. Shakespeare had written 154 sonnets as his surviving works. His writing was totally ingenious. There were certain words that I cannot find even in dictionary. Sometimes I just thinking what was he up to. His words too complex, I bet. For this time, I only understand a part of one sonnet. I am still trying to understand the whole story. I still cannot figure what message he wanted to give to the readers. Although it took me days to understand a sonnet of his, but I just do not care as the harder the research, I feel the closer the steps for becoming a great writer one fine day.

     Amazing people do not just happen. It is not about how good a person is, but it is about how good he or she wants to be. So, I try hardest to fulfil my big dream. I remember a quote from Hamlet, “to be or not to be, that’s the question.” The words motivate me indirectly. It is me who will create my future whether it is dark or bright. Nobody can make sure of something, but we can hope. I will do my best and I know God will do the rest. Even though I will not make it happen, it does not really matter actually as I love learning English and my passionate towards literature is not just by mouth. Whatever it takes, do not stop learning and trying. No matter how famous or great we are, we still forever a learner.     


the same place :)



ini namanya essay pukul 3 pagi. so, kita boleh nampakla kemengarutan sedikit disitu. this is my essay when I was in first semester. I got full mark. that was surprising as Miss Ida was the one who marked my paper. selalu cakap kat miss,"miss kedekut markah." dia gelak,"well,kamu tengok pensyarah baik-baik tu la yang kedekut markah tau." I guess it's true. 

and this my first and last essay after SPM. 
            

Friday, 17 May 2013

Entri Sempena Hari Guru

di hari yang mulia ini, saya ingin memohon ampun di atas segala salah silap saya kepada cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah saya.

cikgu,
saya minta maaf sebab saya main royal kat belakang dengan kawan-kawan sedangkan cikgu duk mengajar kat depan. mata tengok cikgu, tapi mulut terkumat-kamit "A spade, 3 diamond" segala benda tu. hm, tak bagus jugak letak meja dalam group macam tu.




cikgu,
saya minta maaf sebab kerap tidur dalam kelas. tapi serius, masa tu tak tahan sangat dah mata ni. huhu




cikgu,
saya minta maaf sebab saya selalu curi makan nasi dalam kelas. mentang-mentang duk belakang sekali, sedap je telan nasi. tapi pernah juga saya caught in action (CIA) dengan cikgu. tapi cikgu tak marah pun. cikgu cuma senyum dan cakap, "awak lapar sangat ke, Ainum ?" baiknya cikgu. tapi memang saya lapar, kalau tak, takkan saya makan.

cikgu,
saya minta maaf sebab kalau saya mengantuk, saya dan Siti selalu hilangkan ngantuk dengan snap gambar. cikgu tak nampak sebab kitorang angkat buku gaya tekun study. 




cikgu, 
saya minta maaf sebab kadang-kadang saya tak siap homework. (mathmode terutamanya) sebab cikgu baik sangat-sangat dan saya ambil kesempatan atas kebaikan cikgu. tapi pernah je cikgu cubit manja saya bila tengok buku latihan saya. 

cikgu,
saya minta maaf sebab selalu tanya kawan kuat-kuat "pukul berapa dah weh?" bukan saya nak suruh cikgu keluar, tapi saya takut cikgu tak sedar je. mana tau cikgu ada hal penting nak buat ke. erk.




sir, 
saya minta maaf sebab saya agak tak dengar cakap sir. you told us to just speak English in class, so the students did as they afraid of you. well, sir kan garang yang sangat masa form 4. tapi saya selalu cakap melayu kalau saya nak tanya apa-apa. and everytime I asked, mesti kawan-kawan tengok saya gaya "mati la kau pasni." and you too. saya tengok muka sir macam terkejut tak sangka, saya berani cakap melayu. dan saya, walaupun saya faham muka tu, tapi saya buat muka selamba macam takde apa. tapi sir jawab je. haha. kitorang selalu mengata sir sebab sir sangat-sangat garang macam dementor. dah la cakap kitorang ni stupid donkey. saya ingat lagi time saya lupa nak bawak benda yang sir suruh bawak, and you said "very stupid of you." and I was like... okay, I'm stupid. oh, and I also remembered when you asked Kimi to answer your question and after that he had to mention one name. and Kimi teragak-agak nak sebut nama saya. dah agak dah si Kimi nih nak kenakan saya. dan sir pun cakap, "why you afraid of her? I also afraid of her". haha. serius saya terkejut. saya tak pernah pun marah orang. ish. tapi, kita end-up jadi baik kan lepas form 5. hoho. kamceng gila kot. budak-budak ni macam tak percaya je saya baik dengan sir. and I'll always remember your words. those words which you gave to only me. thanks :')




ustaz,
saya minta maaf sebab saya selalu buat hostel macam hotel tok wan saya punya. saya nak balik bila-bila pun suka hati saya. budak-budak ni nakal tahap dewa sekalipun, still takut nak keluar macam tu. saya ingat lagi bila kitorang curi-curi keluar hostel waktu prep sebab nak beli burger. takde la keluar, depan gate utama je. malam-malam ni lapar sikit. abang burger tu pulak, kitorang meseg dulu, pastu baru pergi ambil. pernah satu malam, CIA dengan ustaz. kitorang nyorok bukan main celah-celah daun. ustaz pulak tetiba stop kereta depan kitorang. nak tercabut jantung. tapi rupanya ustaz stop kereta sebab cakap ngan pak guard. dan yang peliknya, lepas kitorang balik, jumpa ustaz kat masjid. saya sengih-sengih. ustaz tanya, "pergi mana, num?" aih, macam tahu je. saya pulak silap jawab "beli burger, ustaz." pastu saya lari. haha. 





moral of the story, hormatilah guru anda. jaga adab menuntut ilmu. 

saya minta maaf atas kenakalan saya yang tak patut tu. zahir dan batin. semoga cikgu-cikgu semua dirahmati Allah. 

Tadika KEMAS - SK Pengkalan Nyireh - Tengku Mahmud Cluster School - KIPSAS

Happy Teacher's Day !

Sunday, 12 May 2013

Ini pengakuan berani mati.

*betulkan duduk. aih, macam seriau pulak nak tulis tentang benda ni. batuk sekali dua. ok. sedia.*

basmalah.

lepas sorang-sorang akhawat sekeliling nikah. ada yang dah tunang. ada yang baru nak ta'aruf. *senyum. semoga Allah permudahkan urusan mereka*

dan aku pula makin hari makin disogok dengan soalan-soalan yang cenggitu. ok, ini menunjukkan aku dah bukan budak-budak lagi. erk. 

"ainum, bila nak nikah ?"

"ainum, dah ada tunang ?"

"nanti turn anum pulak. nak suruh tolong carikan ke ?"

"ainum, do you have a boyfriend ?"

dan macam-macam lagi. *kenapa macam seriau yang amat je bila tulis ni.erk*

confession #1 *mohon orang-orang berkenaan tak bacalah mende ni -.-' *
jujurla aku kata, aku memang ada fikir nak nikah awal. nak jaga hati kononnya. tapi tak reti pulak nak fikir the marriage life tu macam mana. tu dulu lah. masa sem 1. eher. tambah-tambah pulak life masa sem 1 tu agak lapang, agak rilek. agak la. agak. dan bila kita tak sibuk sangat, mula la otak ni jadi kena kacau sikit kan. haih, tu yang tak best kalau takde kerja sebenarnya.

confession #2
and my thought has changed. hidup masa sem 2 ni sangatlah gila dengan subjek-subjek membunuh. mana nak kejar 19 jam kredit tu. mahu tak bernafas jugak aku kadang-kadang. sem 2 lah yang ajar aku erti stress. ajar aku yang masa tu tak reti nak tunggu kita. ajar aku betapa tanggungjawab tu melebihi masa yang ada. ajar aku betapa susahnya nak dapat ilmu. ajar aku betapa hati muhadir/muhadiroh itu sangat-sangat fragile  dan perlu dijaga sebaik-baiknya. dan ajar aku betapa nikmatnya menuntut ilmu. 

kelas dari pagi sampai petang. gap hanya lah cukup-cukup nak telan nasi sekaligus. erk. tulah lumrah student BATI. malam pulak kena siapkan homework, assignment bagai. ish, dah namanya belajar. dan kalau ada masa free tu kira heaven sangat-sangatlah. tapi aku ni, kalau ada masa free, suka sangat pergi merayau bilik pensyarah. for seriously, I don't know why. suka kacau Ustazah Nurizan buat kerja. suka lepak bilik Madam Shu dan Miss Ida. pernah jugak madam cakap,

"takde kelas ke ? pergilah rehat. nanti cakap stress pulak."

tak payah la nak sindir sangat madam. jangan dikenang kisah yang lalu. *sengih*




and because of that, aku tak sempat nak fikir benda-benda kat atas tu (confession #1) dan sungguh aku katakan, aku taknak fikir lagi. *senyum* biarlah dulu. sem 2 ajar aku nikmat hidup sebagai seorang single. don't get me wrong. aku tak kata kalau nikah tu tak boleh nak belajar. tak boleh nak nikmati hidup or what. tapi aku nak enjoy my single life ni dulu. dan.. aku belajar melalui sekeliling. it's not the right time yet. tunggu aku habis diploma dululah. boleh ? *eh kenapa tanya boleh ke tak boleh pulak ni* tapi tak tahulah kalau lepas ni hati berbolak-balik lagi. erk.

kenapa hati tu dinamakan qalbun (berbolak-balik) ya ? sebab dia berbolak-balik seperti air menggelegak. kan?

tapi kalau Allah rancang lain, lainlah jadinya. just follow the flow. aku malu sebenarnya nak tulis benda ni. tapi.. haih kena tulis jugak. 

confession #3
tak payahla nak tertipu sangat dengan gambar-gambar kartun yang laki bini tu. macam malu je tengok gambar husband and wife yang mana sorang pakai kopiah, sorang pakai purdah duk peluk-peluk bagai. it just so ewwww. aku pun spesies jiwang jugak, tapi cannot go la bila tengok benda-benda cenggitu, erk.. macam manalah benda macam tu orang boleh kata sweet. buat rosak hati je. hm. mungkin hati aku yang mudah rosak kot. orang lain tu kuat iman semuanya. 


apa lagi nak cakap ya ?

oh, I think about writing an essay about 'Jade'. tapi tengoklah kalau rajin. 

Saturday, 11 May 2013

The Last Breath

"An example from the life of Sufyan al-Thawri, one of the greatest figures in the history of Islamic Law and Sufism, is worthy of mention. Sufyan looked much older than his age. He would tell those who asked the reason of this: "I had a teacher who was educating me. While he breathed his last he could not say the kalima-i tawhid, even though I exhorted him to do so. Seeing this has aged me." 

(page 41)

"Unlike most people, Rumi never perceived death as something to fear; on the contrary, he saw death as something which rescues one from a foreign land. He considered death to be a reunion with  the One of Eternal Goodness, Allah Almighty. In one of his works, Rumi explains his attitude to death: 

'Do not call me dead when I die because I was already dead. I have been resurrected with death; a companion has come and taken me..'

This is why Rumi called the moment of his departure from this world "Shab-i Arus" (the wedding night) .

(page 48)

"Every human being in this mortal world must learn to control their actions with patience. All travelers of the path of spirituality must treat forgetfulness with remembrance, ungratefulness with gratitude, rebellion with obedience, miserliness with generosity, selfishness with altruism, doubt with knowledge, hypocrisy with sincerity and humility, sedition with repentance and heedlessness with contemplation." 

(page 71)

"The final breath is like a clean, untarnished mirror. Man looks into this mirror, seeing both the beauty and the hideousness of his life. All eyes, ears and limbs will testify against their owners; every curtain will be raised and confessions will leave the mind and the conscience in a state of regret. Let not our final glance into the mirror be one of regret. While time remains, we must make the Qur'an and the exemplary life of the Prophet (May Allah bless him and grant him peace) a part of our lives. Only the wise truly know themselves before they die." 

(page 76)

- Osman Nuri TOPBAS, The Last Breath


I feel like sharing the whole book. this book is awesome. just a tiny thin one but, thick with knowledge of death. I remembered when Miss Ida handing me the book, "this one is good. tapi macam takut sikit sebab dia cerita pasal mati." yes, and it is. 


what should you do to greet death as a friend ?

you do know the answer, ain't it ? 


the perfect shutdown.

" At that moment curtains open and curtains close ;

The merit is to be able to say welcome to Azrael ! "


poem by N. Fazil Kisakurek.



- The Last Breath, Osman Nuri TOPBAS








This is someone dying while having an MRI scan. Before you die, your brain releases tons and tons of endorphins that make you feel a range of emotions. Tragically beautiful.

source : click here




this, freaking me out, guys. nampak macam sakit kan ? :'(

AllahuRabbi, I'm adoring for a perfect 'shutdown'.