aku yang buat luka kau makin menjadi luka.

By Ainum Lathifah - August 03, 2013

kau tahu,
saat aku masuk ke dalam hati kau,
aku lihat ada garis - garis duka. 
aku lihat calar - calar luka. 
ada yang telah jadi parut. 
dan ada juga yang sedang berdarah.

kau kenapa ?

aku masih mahu lama - lama di hati kau,
tapi rasanya kondisi hati kau menggerunkan aku.
aku tak kuat lihat hati kau yang seperti itu.
aku tak betah melihat segala apa yang kau telah sembunyikan rapi,
dari aku. dari kami.

aku mahu tanya.
sudah berapa lama kau simpan sakit itu sendiri ?

kau ingat waktu itu kau mengaduh sakit ?

ingat ?

kau tahu, 
saat itu aku sedang usap parut yang terlukis di dinding hati kau.
masih belum sembuh sepenuhnya - aku kira.
kerana kau masih lagi terasa sakit kerananya.

dan kau ingat waktu kau lari jauh dari khalayak ?
kau sakit yang teramat dan kau tak mahu ada yang melihat.

kau tahu, 
saat itu aku yang sedang cuba untuk mencuci luka darah yang ada.
tetapi aku tidak sedar bahawa, 
makin aku cuba untuk bersihkan,
makin kau merana sakit.
makin aku cuba untuk bersihkan,
makin terkoyak luka yang berdarah.

aku yang buat luka kau makin menjadi luka.

namun,
kau cukup kuat untuk hidup.
dengan hati yang berparut luka dan berdarah.

sedang aku - menanti.
untuk rasa apa yang kau rasa.
biar aku tahu hidup itu ada embun durinya.

siapa kau ?
entah. 
aku pun tidak tahu.
hati luka siapa yang telah aku masuk.



  • Share:

You Might Also Like

0 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”