Tahu oleh Fynn Jamal (untuk orang-orang yang pernah rasa)

By Ainum Lathifah - June 16, 2015




dan kau tanya dalam diam
dengan mata kau biar pejam
bagaimana mungkin wujud sunyi
di riuh engkau berdiri

monolog sendiri. setiap manusia ada soliloquy yang kalau dibaca depan khalayak, bakal memberi tangis. sebab perasaan kita sama saja. tak kisahlah apa bentuk susah hati yang dirasa, perasaan itu tetap sama. sunyi sebenarnya hidup sebelum kenal Tuhan. sungguh, tak tipu. sunyi yang tak tahu nak cerita gambar bagaimana. kalau cinta dan benci senang digambar dalam bentuk tulisan, sunyi mungkin menjadi tulisan yang paling rumit. dan juga sunyi untuk dibaca. hingar bingar memekakkan telinga pun tak mampu pecahkan sunyi yang jiwa rasa. itulah jiwa hamba yang tak tahu Tuhan-nya amat dekat.


satu persatu hilang ertinya
berdikit-dikit menyesak dada
mahu kau lari dan bersembunyi
tapi mana kau harus pergi

kalau ikut hati, nak saja lari. memang nak lari. tak mahu ada manusia di sekeliling. serabut. benci. kalau boleh lari masuk ke semak paya belakang rumah, mahu saja lari begitu. tapi sayang ada buaya. memang nak mati. tapi taknak mati kena makan buaya. tak tahu mana nak bawa jiwa sesak. pelik. jiwa kosong, tapi rasa sesak. tak enak nak hela nafas. tertanya-tanya sendiri masalahnya di mana.


haus tak terpuas lautan
lapar tak terkenyangkan
kau tahu namun tak kau akukan

isi jiwa dengan macam-macam yang kononnya menyeronokkan. fikir jiwa akan senang, puas hati, kenyang dengan segala hiburan. tapi ternyata tak puas. makin lapar adalah. tapi masih, ego mahu tetap di sini. jangan bergerak. pertahankan ego yang tinggi melangit tak reti membumi. walaupun tahu yang memang tak ada hasil juga dengan melakukan sedemikian.


kau selongkar bumi langit petala
sedang jawabnya lama kau ada
maka perlu apa kau bongkar gali
kalau cuma diletak tepi

di tengah kekalutan dan kekacauan jiwa, ada yang suntik pakai nama Tuhan. kau tepis berkali-kali. tak usah suntik segala. tak suka. tak perlu semua itu.


sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambutkan
kau tahu namun tak kau akukan

gila nak mengaku. ego lagi penting. apa kau kisah kena tampar terajang sekalipun. yang penting, ego kau perlu kekal tinggal di atas. biarlah lanyak rabak punah sekalipun, kau tak akan berganjak dari jadi diri kau yang begini!

apa kau cari
yang sebetul-betulnya
lama mana begini
bertelanjang jiwanya

bengong. tak tahu nak apa. semua benda rasa tak puas hati. nak memberontak sana sini. tapi kau tak kacau orang. yang penting, kau tak kacau orang. tak cukup elok lagikah? nak apa lagi, jiwa gila?


apa kau nanti
yang sesungguh-sunguhnya
malam siang berganti
jawabnya tetap sama

cari sampai lenguh semua sendi. tak tahu cari apa. cuma tahu mahu jiwa ini tak rasa kosong begini. ya, ego nak mengaku tapi sampai satu tahap rasa dah tak tahan. sunyi juga mampu membunuh!


sayu tak terjelas fikiran
rebah tak tersambutkan
kau tahu
kau sayu
kau rindu
sama Tuhan

bila pegang dada dan sebut "Allah" perlahan, kau tahu kau memang dah lama tahan rindu, bila mana air mata kau mula mengalir perlahan tapi deras keluar. dan memang kau rebah. rebah dalam lautan rindu yang maha dalam. dan kali ini, rebah kau tersambut. 

-- sebab kau dah mula tahu dan mengaku bahawa Allah itu memang ada.

  • Share:

You Might Also Like

0 comment(s)

“Hanya sedikit ini yang kutahu, kutulis ia untuk-mu, maka berbagilah dengan-ku apa yang kau tahu.”