Thursday, 31 December 2015

Surga Yang Tak Dirindukan


ehem. hari tu aku dah buat review (review-lah sangat) tentang Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. insyaAllah sekarang nak cerita pasal Surga Yang Tak Dirindukan karya Asma Nadia. tapi aku cuma cerita berdasarkan filem sebab bukunya aku belum baca. dan setakat apa yang aku pernah kenal, ini adalah karya terbaik oleh Asma Nadia. serius.

okay, sebelum tu play lagu Surga Yang Tak Dirindukan - Kris Dayanti. ambil mood la sikit. halaahhh banyak tanyalah. 




Segenap rasaku, jiwaku
hanya untuk engkau
kita pun berakad, mengurai
ikrar saling setia

perkenalan singkat antara arini dan prasetya membuahkan rasa cinta (ayat klise novel ahaks). serius memang singkatlah bagi aku, yelah nak panjang-panjang nanti jadi drama pulak. 

- mas, mau jadi imam kan?
+ eh, secepat itu?
- solat memang harus disegerakan mas.
+ astaghfirullah. belum solat? ya, mau.

amboi pickup line dia ha. rasa nak pang. then, ayah arini tanyalah arini sama ada serius atau tak dengan prasetya.

- kamu yakin dia bisa menjadi imam yang baik buat kamu?
+ siapa sih yang bisa menjamin orang itu baik atau ngak pak, kalau bukan kita yang mempercayainya.
- dan kamu percaya sama dia?
+ atas ridha bapak.

makanya menikahlah arini dan prasetya. dan pada waktu inilah syurga mereka mula dibina.

- terima kasih arini. sudah percaya sama aku. tidak ada yang bisa aku berikan untuk membahagiakanmu kecuali diriku sendiri.
+ buat aku kebahagiaan tidak diberikan, mas. tapi bersama-sama kita ciptakan bila saling percaya. di situlah surga kita, mas.
- insyaAllah, aku akan menjaganya bersamamu.
+ ameen.



rumahtangga mereka makin bahagia setelah dikurniakan seorang puteri yang bernama Nadia. (aku rasa aku dah masuk mood ayat novel, duh) tapi nak buat macam mana, we can never predict the future. yang ada hari ni belum tentu ada esok.


dan kini ada dia
mungkin Tuhan menguji aku
namun bagaimana bila ikhlas
tak hadir di hatiku


takdir mempertemukan prasetya dengan meirose, seorang non-muslim yang kecelakaan mobil (amboi) sebab memang dia sengaja nak bunuh diri ha. dipendekkan cerita, meirose tu from broken family. dan hari dia nak kahwin, lelaki yang patut jadi groom tak datang and she's pregnant masa tu. so, dia nak bunuh diri. okay pendekkan lagi cerita, selamatlah baby lelaki dilahirkan masa tu dan prasetya namakan dia akbar muhammad (sebab nurse ingat dia suami atau sebab perempuan tu tak ada waris atau sebab dia yang bawa meirose ke hospital). 

meirose cuba bunuh diri kali kedua dan prasetya selamatkan dia dengan berjanji akan menikah dengan meirose since meirose claim yang lelaki semua sama je ha, selalu sembunyi di balik kata nanti. eh tu meirose yang cakap kay. prasetya pernah lihat ibunya bunuh diri di depan mata dia so, dia taknak benda tu berlaku lagi. dia taknak akbar nanti terima nasib sama macam dia. so, cara dia nak persuade meirose supaya tak bunuh diri adalah dengan berjanji akan jaga meirose dan akbar.

well, bukan semua lelaki sanggup mahukan poligami. setidaknya, bukan pada alasan saja-saja. lelaki pun tahu hargai hati dan setia isteri.

bersama denganmu
ku yakin engkau hanya untukku
ku tak meminta cinta berlebih
hanya ingin sakinah

prasetya rahsiakan pernikahan keduanya kepada arini. kena pula masa tu bad timing sebab ayah arini meninggal dan surprisingly, terbongkarlah bahawa ayah arini ada isteri dan anak lain sebab mereka datang ziarah jenazah. dan tak lama kemudian arini tahu juga tentang madunya sebelum prasetya kasi tahu. pergh, mengamuk sakan! sebab dapat tahu sendiri, memang akan nampak si suami menipu dalam keadaan tu. macam yang meirose cakap, benda baik pun kalau disorok tetap akan nampak buruk bila orang tahu. aku mahu kongsi perbualan arini dan ibunya since ibunya adalah orang yang berpengalaman dalam berpoligami.

- tidak ada masalah yang tidak bisa terselesaikan. agama mengajarkan kita untuk menghadapinya dengan sabar dan ikhlas.
+ apa perempuan itu dilahirkan hanya untuk mengikhlaskan hati mereka disakiti, buk? rini tidak sekuat ibu.
- ibu juga tidak menginginkan kamu menjadi seperti ibu tapi ada satu hal yang harus kamu fikirkan.. masa depan nadia.
+ banyak kisah anak yang sukses dari keluarga single parent.
- astaghfirullah..
+ dongeng madaniah yang dibangun bersama mas pras.. sudah hancur.
- ibu tahu itu tapi dongeng itu belum berakhir.

dulu ibu arini "tak bising" nak cerai sebab dia fikir masa depan arini. dia rahsiakan pasal isteri kedua tu pada arini sebab nak arini membesar dengan sempurna. demikianlah, ego orang tua yang harus dileburkan demi kebahagiaan anak-anak.


namun mengapa dia
kau undang ke istana kita
perih hati ini
pudar harap mawadah bersamamu

kamu sudah berhasil menghancurkan dongeng saya, hanya untuk menghidupkan dongeng kamu. -arini to meirose

macam sentap sikit part dongeng tu. yalah, mungkin kita pun pernah jadi penghancur dongeng orang semata-mata mahu adakan dongeng kita. curi raja orang lepastu remove permaisurinya dan kita jadi permaisuri yang baru. mungkin pernah. dan mungkin juga dongeng kita sendiri pernah dihancurkan orang lain. pada hakikatnya, kita ada satu sisi yang sama. kita pernah pentingkan diri sendiri. part ni nanti insyaAllah aku sambung dalam review suatu pernah - fynn jamal. sebab it's berkait dari segi maksud. bagi aku.

akulah sayapmu yang kau butuhkan
untuk nanti terbang ke surga Dia
namun bukan ini
surga yang kurindukan

surga yang kita bangunkan sama-sama sudah kamu hancurkan dan aku tidak merindukan surga itu lagi! - arini to prasetya

merelakan cinta untuk di bagi
tak semua hati siap berbagi
mungkin bisa saja
hanya bilang Tuhan yang mau

arini akhirnya menerima meirose sebagai madu setelah prasetya kecelakaan. memikirkan tentang masa depan akbar dan nadia, egonya harus diletak ketepi. dan dongeng madaniah yang dibaca oleh nadia sangat deep! ya Allah, that's why I always adore writers. tak faham macam mana mereka boleh keluar idea se-deep tu yang bukan semua orang boleh interpret dalam makna yang sebenar. tapi aku malas nak tulis sebab panjang, tengok sendirilah ya. 

tapi meirose tak mahu juga teruskan. dia tinggalkan akbar dalam jagaan prasetya dan arini. itu pilihannya, untuk kembali hidupkan dongeng arini.

hari ini, aku tutup dongengku dengan kesedihan agar dongeng perempuan lain mendapatkan kebahagiaan karena buatku kebahagiaan adalah apabila kita bisa membuat orang lain bahagia. - meirose

Ya Allah,seandainya aku tahu tentang agama-Mu sedari awal, tak akan kubangun kebahagiaan di atas air mata perempuan lain - meirose


alangkah kalau kita pernah fikirkan masa depan sedih derita bahagia seseorang sebelum membuat sesuatu. alangkah. dari arini, meirose dan prasetya, aku belajar banyak hal. antaranya ;

ikhlas.

sebab kondisi mereka bertiga bukanlah kondisi yang semua orang selesa duduk. hancur berantakan biasanya. nak belajar redha dengan keadaan tu yang susah.

ikhlas.

redha atas setiap hal yang berlaku. musibah seberat apapun - redha. Allah tak pernah salah dalam bertindak.

dahlah. aku nak tutup dongeng aku ni pula. bai. 


Sunday, 27 December 2015

pesanan istisyarah sebelum istikharah


semalam sembang dengan my best girlfriends dan yang lucunya masing-masing dah makin serius fikir pasal kahwin. macam-macam situasi yang ada bagi setiap dari kami. ada yang menunggu bertahun-tahun tapi sekarang tiba-tiba ada orang lain yang melamar. ada yang berhubungan jarak jauh, malaysia-jordan dan bermasalah tentang masa. macam-macamlah.

tapi semuanya dah serius. yang penting, serius. tak ada masa dah nak berhubungan yang main-main. having relationship yang tak jelas arah tuju ke mana. buang masa.

dan mostly sekarang ni ramai kawan sekeliling yang confuse nak pilih antara dua. haha inilah yang harus dihadapi bila dah jadi anak gadis. percayalah wahai lelaki, kalau tak mahu kalah, lekas-lekaslah bertindak! haha kbai.

okay, sebenarnya nak kongsi tulis ustaz ridhauddin ni. semoga membantu untuk yang sedang pening untuk memilih siapa yang harus dipilih. silakan baca.





“saya setuju menerima ustaz dengan satu syarat.” kata muslimah itu.

“ustaz akan jadi suami kedua saya.” dia menambah.

“uhuk uhuk uhuk.” air yang baru sahaja mengalir masuk ke urat leher saya seperti tersembur keluar. teh o panas pula tu.

“cover cover.” hati membisik.

saya cuba mengawal perasaan. hati yang berdebar Tuhan saja yang tahu. warna muka ketika itu kalau boleh dilihat di cermin dah iras-iras warna albino dah.

“kalau macam tu, siapa suami pertama ustazah?” saya cuba membalas dengan wajah penuh ketenangan. kawal perasaan.

 “suami pertama saya ialah da’wah dan Islam. setelah itu barulah ustaz.”

“ooo.” cawan yang masih saya pegang itu perlahan saya letakan di atas piringnya.

“alhamdulillah…. ” hati membisik syukur.

“muslimah ini jelas dalam tujuan kehidupan rumahtangganya”



 TAA’RUF

mana mungkin saya akan terlupa sebuah rumah di Taman Melewar, yang hanya berselang 3 lorong sahaja dari Markaz Tarbiah PAS.

rumah 3 tingkat berwarna hijau putih itu tidak mungkin akan terluput dari fikiran saya.

kerana rumah yang menjadi saksi tempat pertemuan saya buat pertama kali dengan bakal jodoh saya itu milik murabbi kami, seorang pensyarah Kulliyyah Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

ketika pertemuan itu berlangsung, di bahagian ruang tamu rumah hanya ada 4 orang sahaja. berada di kiri saya ialah ialah tuan rumah, murabbi kami. di hadapan saya ialah muslimah tersebut dan di kirinya ialah wakil dari baitul muslim.

“saya mahu dia menjadi seorang ayah yang soleh untuk anak-anak saya. saya tidak mahu nakhoda saya seorang yang panas baran atau perengus. saya mahu nakhoda yang sukakan kanak-kanak. saya mahu bakal nakhoda saya boleh memimpin saya ke syurga.”

“thoo dia syaraaat…boleh buat karangan. banyak betul. tadi kata satu ja.” bisik hati saya. nakal.



PESANAN ISTISYARAH SEBELUM ISTIKHARAH

ramai yang bersangka istikharah (solat istikharah) ialah satu-satunya tindakan yang perlu dilakukan dalam mencari jodoh.

betul tetapi kurang tepat.

kerana istisyarah (memohon pandangan dari orang yang berilmu) juga harus dilakukan bersama dengan istikharah.

saat kami bertemu di rumah murabbi kami, kami berisytisharah dan seusai itu kami beristikharah.

“dalam nak memulakan hubungan ni sewaktu ta’aruf, semua nampak cantik dan menjadi malaikat berwajah manusia. apa-apa syarat yang diletakkan orang ‘pasangannya’ semuanya akan setuju. tetapi setelah itu tunggang langgang jadinya.”

“nta dah kenal ke orang yang nta nak approach ni?” tanya murabbi.

matanya rapat memerhatikan riak wajah saya. murabbi kami ni memang dikenali ramai, kalau dia buat ‘pandangan ma’rifat’ dia tu, boleh goyah pendirian.

“nta dah approach mak ayah dia sebelum nta approach muslimah ni?”

“apa yang membuatkan nta nak approach muslimat ni?”

“kenapa tak pilih muslimat lain sebagai calon isteri nta? nta bidang agama, dia pula bukan bidang agama. payah nak hidup nanti.”

dan banyak lagi tembakan soalan-soalan daripada murabbi kepada saya di hadapan muslimah ini.

ye betul, di hadapan muslimah ini.

“ana bukan apa, ana tak mahu hubungan ini dimulai secara melulu kerana ia akan disudahi dengan nafsu dan sesalan.”

sungguh, tindakan kami memohon pandangan daripada orang yang berilmu dalam bab jodoh ini sangat membantu dalam hubungan. yang membuatkan tindakan kami selanjutnya dipandu oleh beliau.



BERTINDAK MELULU BERIMAN NAFSU

tapi pelik, ramai juga yang tidak suka meminta pandangan golongan berilmu dan berpengalaman dalam bab memilih pasangan ini.

leceh katanya.

nanti itu tak kena, ini tak kena. baik pilih sendiri. lagipun bukan diorang yang nak kahwin.

nak tanya golongan ustaz atau ustazah?

ohoo, itu memang cari nahas la. tak pasal-pasal kerana sound  nanti.

pelik.

mereka ini bertindak seperti orang yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu masa hadapan.

harus juga kita ingat.

penilaian seorang insan yang baru sahaja ingin memulakan ‘subjek’ baru dalam kehidupannya; iaitu hidup berpasangan, tidak akan sama dengan insan yang sudah mempunyai pengalaman yang banyak dalam ‘subjek’ tersebut.

orang yang berilmu ini tahu bagaimana nak tackle soalan, mereka tahu bagaimana nak spot soalan dan mereka tahu bagaimana nak bagi pensyarah kesian.

penilaian golongan muda ini dilakukan sewaktu hormon testosteronnya tengah ‘menggatal’ dan hormon estrogennya tengah ‘menggalak’. Tentunya penilaiannya ketika itu sedikit sebanyak didasari dan dipengaruhi oleh gelojak nafsu remajanya.

ia bukan sesuatu yang jahat, tetapi ia adalah fitrah. sebab itulah meminta pandangan daripada orang yang berilmu akan dapat mengimbangi fitrah tersebut.

istisyarah dari orang yang berilmu ini  untuk mengutip pengalaman mereka dalam pemilihan jodoh agar nilai baik yang mereka lakukan kita turuti, silap mereka kita hindari.

andai istisyarah dilakukan untuk mengambil panduan dari insan yang berpengalaman dalam melewati asam garam kehidupan, istikharah pula dilakukan untuk memohon pengukuhan pandangan insan itu dari Tuhan yang Maha Mengetahui.

bukankah kalau nak belajar subjek baru perlu menadah dari guru?

dari itu, kalau takde ilmu dalam hidup berpasangan kenapa tak mahu menadah dari orang yang berilmu?

bukankah itu fitrah insan.




sedikit yang mahu aku pesan, janganlah mudah memilih dengan hanya bersandarkan perasaan sendiri. sebab kita akan cenderung kepada orang yang kita rasa kita mahu dan setelah itu segalanya yang berlaku kita rasa bagaikan takdir Tuhan yang mahu tunjuk bahawa kita itu berjodoh dengan dia. rasanya bagai satu dunia berkomplot mahu satukan kita dan dia.

tapi ingatlah, pilihlah mana yang lebih menguntungkan akhirat bukan yang cuma suap cinta. cinta saja tanpa bekal agama tak juga menjadi. dan kalaupun ada yang nampak beragama datang temui, jangan terlalu mudah terima. fikir masak-masak. istisyarah dan istikharah. bukan mahu suu'dzon kepadanya tapi hati-hati perlu ada. ramai saja sekarang yang beragama tapi sebenarnya main perempuan di belakang. serius, ada. latar belakang pendidikan agama kadang-kadang cuma jadi alat untuk kaburkan mata kita, aset yang mampu menggoda tapi jangan mudah terpedaya.

pilihlah yang benar. jangan terlalu ikut kata hati kalau hati kita terlalu mudah percaya pada hal yang tak patut. belajar dari kesakitan yang telah lalu. itu pentingnya luka, tanda untuk kita beringat.

semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk semua.
terbaik menurut perkiraan-Nya dan bukan menurut perkiraan kita.


I Know Why The Caged Bird Sings


rasanya aku tahu kenapa burung
di dalam sangkar itu sering menyanyi
kaki tak diikat tapi bebasnya digari
ingin terbang jasad tak mampu
untuk terbang jiwa rasa kaku

mungkin seperti itulah aku
apa lagi yang mampu dilakukan selain menulis
melayankan kerenah jiwa yang enggan patuh
ingin bersuara diri tak mampu
untuk bersuara jiwa rasa perlu

burung dalam sangkar
bebas bersuara jasad terkurung
aku dalam khalayak
bebas bergerak suara terkurung

jadi, seperti burung yang menyanyi kerana jasadnya disekat
aku pula menulis kerana suara ini rasa tersekat

dan hanya dengan itu kedua-dua kami 
-- bebas



dari Zine Ini Buku Kita
Mei 15, 2015 | 21:30 





Wednesday, 23 December 2015

sifirnya mudah ; dia cinta aku


wishlist aku sekarang rasanya cuma ada dua ;

pertama, semoga Allah ambil nyawa di kala jiwa sedang mabuk rindu kepada-Nya, tika aku redha akan-Nya dan Dia redha kepada aku.

sebab sekarang iman gersang terlampau. dahaga yang sepertinya tak akan hilang haus sampai bila-bila. jiwa kosong ibarat dalam lorong. sebelum sampai ke hujungnya, tak habis-habis hati berdebar curiga akan apa yang bakal ditemui di hadapan sana ; cahaya atau jalan mati.

begitulah.



kedua, aku mahu sekali supaya ada seseorang yang bahunya boleh aku tumpang bersandar. kalau aku menangis dia cuma diam tak banyak tanya. kalau aku diam dia tahu aku lagi terganggu emosinya. tak, aku bukan bercakap mahukan lelaki yang dipanggil suami. tak kisahlah lelaki atau perempuan. asalkan bukan kucing.

tak tahulah kalau aku buta. tapi yang betul-betul tulus mencintai aku, rasanya belum aku jumpa. sekali lagi aku kata, tak kisahlah lelaki atau perempuan. asalkan manusia. tulus pada mata aku, dia mencintai aku dari sudut yang paling penting ; emosi. tak akan sembarang dia bercerita tentang hal yang bikin hati aku terusik. tak akan suka-suka hatinya dia berbuat sesuatu yang buat aku tambah sakit. walaupun semuanya tak aku tayang pada khalayak, tapi dia sudah cukup mengerti tanpa perlu aku fahamkan. sifirnya mudah ; sebab dia cinta aku.

tapi susahlah mahu jumpa. mungkin aku cuma berharap sampai ke mati. mungkin belum berhasil jumpa kerana aku sendiri pun tak pernah tulus mencintai sesiapa saja.

entahlah.

cumanya, aku sangat menghargai sesiapa saja yang mampu menghormati emosi aku yang sedang tidak tentu. menjadi hal yang paling sulit untuk melakukannya, aku faham sekali.

tapi lagi sekali aku bilang - sifirnya mudah ; kalau dia cinta aku.








Monday, 21 December 2015

merintihlah ; Allah dengar


tiga empat hari lepas gebu sakit. telinga dia kena jangkitan kuman. teruk jugalah untuk budak manja macam dia untuk hadap. memang jadi senyap tak peduli apa. makan pun tak lalu. dia sangat kuat makan. biasa kalau time sihat, dialah yang pertama hadap talam makanan dan dialah yang terakhir habiskan. yang lain makan sikit terus blah, dia tak.

disebabkan telinga dia sakit, memang tak bagi orang sentuh apalagi nak kasi telinga tu bersentuhan dengan sesuatu. so, memang nak tidur pun tak selesa takut tertindih telinga. betapa sedihnya aku tengok dia tersengguk sebab terlalu mengantuk tapi tak boleh nak tidur, ya Allah.. sampai tahap aku boleh minta, "kalau Engkau nak ambil dia, ambillah." sebab lagi elok dari tengok dia sakit macam tu. memang sebak sangat-sangat. kalau anak sendiri aku tak tahulah macam mana.

dan haritu sebelum masuk waktu subuh, aku tenung dia. dia memang dah nampak sakit sangat. mata pun tak berapa nak buka. aku boleh rasalah yang dia tengah tahan sakit yang terlalu. telinga kot. sebab aku sedih sangat sampai aku menangis. gebu tengok air mata aku jatuh satu persatu depan dia. aku pun dah emo semacam. aku ni jenis kalau menangis payah nak berhenti. susah.

dan aku ingat masa tu hati aku kata ;

"Ya Allah, biarlah aku sorang sakit. janganlah bagi gebu sakit. tolonglah, sembuhkanlah. kesian dia. he's too young."

makin menjadi-jadi mata ni ha. gebu tengok aku. aku pandang arah lain, aku tak nak dia tengok aku menangis. lepastu masuk subuh, aku solat.

tak tahulah nak kata apa, tapi in a flash dia nampak sihat lepas tu. sepanjang sakit dia tak ada pun nak bangun minta nasi pagi-pagi. tu selalu waktu normal saja. tapi tiba-tiba dia datang gesel-gesel hidung nak nasi. mata dia pun dah macam makin luas terbuka. serius aku rasa terkejut. tak sampai setengah jam kot doa, dah makbul?

dan dalam masa sehari tu jugalah nampak progress dia. makin membaik. dah mula panjat sinki sebab tu la hobi dia selalu. sebab nak cari ikan. dah mula bergurau dengan adik-beradik dia. dah mula tidur baring elok. masa sakit dia tidur berdiri duduk tu. hm kesian. dan dah kasi orang sentuh telinga dia tanda dia dah tak sakit bahagian tu.

alhamdulillah!

senang dengan kesihatan yang dah kembali dan kegembiraan yang tak tahu nak gambar macam mana bila Allah sudi kabulkan permintaan-permintaan kecil. tapi sayang, aku tak rajin berdoa dalam banyak hal. kadang-kadang kesihatan sendiri pun lupa nak minta.




wad gebu masa sakit. aku saja letak tapi dia tak nak keluar dah lepas tu. mengada.



telinga tuuuu


sekarang gebu tengah cari ibu kat dapur sebab nak makan nasi. tunggulah cerah sikit nanti nak mandikan dia sebab badan bau minyak ubat + nanah dia haritu. nak mandikan masa sakit, karang dia buka silat pula. tak pasal-pasal muka aku dapat scar macam zuko.

Friday, 18 December 2015

What will you do if someone likes you?





dapat soalan ni dekat askfm. aku tergelak dua saat. janganlah tanya soalan yang buat aku nak throwback segala benda. haha. aku malas nak jawab dekat situ, malulah aku. sebabnya, kalau aku tahu orang suka aku memang aku cuak (seriously).

cuak sebab ada pengalaman pahit (ye ye je pahit). okay sini aku cerita.

first time aku dapat love letter masa aku darjah 5. masa tu aku datang kelas awal dalam jam 6.30 pagi (dulu memang awal kot, sekarang kalau kelas jam 8, jam 7.30 baru nak siap). dan masa aku datang tu ada la seorang rakan sekelas lelaki yang dah datang, tengah sapu sampah (dulu skema gila ikut jadual bertugas). aku sampai saja dekat meja aku, aku nampak kertas dalam laci. aku pun bukalah nak baca. isi surat tu ;

"ainum, i like you. i want to kiss you." - jainudin (bukan nama sebenar)

kau translate sendiri dalam bahasa melayu sebab aku geli nak tulis. 

ya Allah perasaan masa tu tak tahulah nak cakap macam mana. aku terus keluar turun kedai koperasi sementara nak tunggu masa nak menjual (aku pengawas sekolah). masuk saja ko-op terus menangis. memang menangis sungguh-sungguh. sebab takut. weh scary kot sampai macam tu sekali. like cukuplah, apa pasal ada ayat belakang tu. lepas tu kawan-kawan perempuan datang. terkejut tengok aku menangis. kawan-kawan aku ni ganas sikit so diorang terus pergi cari si jainudin tu. tapi aku rasa jainudin tu mangsa keadaan saja sebab dia baru datang kelas. aku syak budak yang tengah menyapu tadi tu punya kerja! sebab masa darjah 6 dia pula yang confess suka. jainudin tu dah blur semacam kena serang tiba-tiba.

dan bukan sekalilah kena macam ni. ada yang sms cakap benda-benda yang tak sepatutnya. aku pun hairan macam mana budak sekolah rendah dah boleh tahu benda-benda kotor macam tu. sejak dari tu memang aku jadi su'udzon dekat semua lelaki, khususnya yang kata suka. yelah, takutnya bila fikir kita ada dalam benak kepala mereka. entah apa yang difikir. entah apa yang dibayang. 

tapi satu benda aku belajar. yang aku cerita ni semuanya zaman nakal, zaman tak tutup aurat dengan sempurna. walaupun baru sekolah rendah tapi masa tu aku rasa dah matang kot, bukan macam budak zaman sekarang nampak budak-budak betul. haha. i just found out yang orang lelaki memang tak akan malu untuk direct berbuat yang tidak-tidak pada kita dalam keadaan dia nampak kita ni biasa saja. maksud biasa tu, tak ada benda yang jadi benteng untuk dia datang dekat kasi rendahkan maruah kita. 

kenapa aku cakap macam tu?

sebab sepanjang aku mula pakai tudung labuh ni tak ada lagi yang datang menggatal. seingat akulah.

lelaki cakap suka. memang dia suka kita sebab dia nampak kita cantik. tapi setakat itu sajalah. cantik yang mahu dia tayang untuk dia banggakan di depan teman-teman. tapi kita yang perempuan janganlah tak cerdik sangat percaya orang puji cantik suka gila nak mati. cukuplah kita tahu kita cantik, tak perlu pun orang datang puji untuk buat kita rasa cantik. sebab makan puji itulah yang akhirnya binasakan diri. tak dinafikan memang kita akan attract pada orang yang good-looking tapi untuk terus serah cinta tu - kena fikir banyak kali.

macam mana budak-budak tu dulu boleh bercakap lucah dalam keadaan dia kata dia suka - nampak sangat dia nak kita sebab nafsu (refer cerita aku tadi dan yang aku tak cerita). dan bagaimana dahsyatnya pemikiran mereka pada masa tu sampai tahap ikut aku balik rumah. macam mana aku tak takut?! 

sekarang aku cuma fikir, apa sebenarnya penyebab anak-anak kecil membesar dalam keadaan dia punya fikiran sebegitu. pengaruh datang dari mana. ya, memanglah tu fasa baru nak up, baru reach puberty, tapi persoalan aku, apa yang pengaruhi tindakan sebegitu sebab bukan semua pun macam tu kan?

kasihan.

cuma nak pesan pada diri sendiri, adik-adik, kakak-kakak dan teman-teman perempuan yang membaca. hati-hatilah. bukan nak kata lelaki tu jahat. bukan. tapi kita maklum akan fitrah mereka jadi janganlah kasi seksa mereka dengan ketidakhati-hatian kita. tak boleh tuding jari kata lelaki ni gatal atau apa sajalah, tu fitrah mereka. tugas kita perempuan untuk prevent mereka dari apa yang tidak sepatutnya. kadang-kadang rasa seram sendiri bila tahu ada yang chatting hal dalam selimut dengan teman lelaki tanpa malu. mungkin confident bahawa mereka akan kahwin so, apa salahnya warming up dulu, mungkin itu yang difikir. aku seram bila fikir apa yang ada dalam bayangan teman lelaki dia tapi dia tak boleh nampak sebab dibutakan dengan "cinta". yang diluah saja sudah pun tahap membahayakan apalagi yang dia simpan sendiri.

sampai sekarang aku takut kalau orang suka aku. macam aku cakap tadi aku jadi su'udzon (tapi aku rasa it's a good thing untuk aku tak menggelenya dan tak digelenyakan). aku takut kalau-kalau diperhati setiap inci raut wajah dan ayunan langkah. walaupun pakai niqab tapi zaman sekarang niqabi pun tak terkecuali digatali (mungkin salah perempuan sendiri sebab sama-sama gatal tapi sayangnya yang tak gatal pun jadi mangsa lantaran kegatalan orang lain ah apakah ayat).

jujur sangat tulisan ni rasanya. tapi itulah, cuma nak suruh beringat. kita memang akan terbuai juga bila tahu orang suka kita apalagi orang tu kita pun ada tersuka juga. tapi hati-hatilah dalam bertindak dan jangan makan puji sangat. Allah jaga kita bersebab.

tak payah cemburulah dengan teman-teman kita yang muka flawless dan ramai orang nak tu. setidaknya kita dah selamat dari mata lelaki. setidaknya kita tak diganggu, khususnya hati. Allah hadapkan juga nanti orang yang betul-betul mahukan kita sebagai isteri dan bukan cuma perempuan yang sedap dipandang mata. akan datang orang yang mahukan kita sebab kita adalah kita. sabar ya, nak.




"a woman's heart should be so lost in Allah that a man needs to seek Him in order to find her."

perempuanku, bermaruahlah.
jadilah keras tak dapat dipatahkan dan lembut tak dapat diperalatkan.
kita boleh :)


Thursday, 17 December 2015

why do I write?


aku rasa aku baru jumpa sebab sebenar kenapa aku boleh mula menulis. dari awal create blog sampailah sekarang. kalau dulu masa mula-mula ada blog, cuma taruk bahan-bahan copy dari web lain, sekadar untuk kongsi balik apa yang dibaca. tapi lepas tu aku mula tulis sendiri. huruf-huruf aku. perkataan-perkataan aku. ayat-ayat aku. penyebab boleh mula tulis tu sebab aku nak confess sesuatu yang aku tak akan cerita pada orang secara depan-depan. sebab tu kalau sesiapa yang follow blog dari dulu, akan tahu banyak entry yang berupa confession sedih atau terkilan. benda happy tak perlu nak confess sangat pun, sedap nak brag pada dunia secara terang - tak ada masalah.

tabiat nak menulis tu semakin menjadi-jadi bila kita dah serap gaya penulisan orang-orang hebat. sebab tu penting untuk penulis membaca sebelum menulis. kalau dulu ayat lintang-pungkang macam singapura dilanggar todak (eh?) tapi sekarang okaylah sikit, bolehlah daripada tak boleh langsung. awalnya kita cuma "tiru-tiru" ayat penulis-penulis hebat tapi lama-lama dah boleh tulis sendiri (orang pula tiru ayat kita sekarang - siapa sangka). menulis ni kena konsisten buat latihan supaya kita makin improve dari segala segi - tatabahasa - ejaan - struktur ayat - bahasa bombastik - dan sebagainya.

tapi aku discover the main reason kenapa aku masih lagi gigih menulis adalah sebab passion aku terhadap sentimen (feeling) aku sendiri. bukan passion untuk menulis. aku cepat attach pada sesuatu yang memang masuk dan kena pada jiwa. jadi nampaklah aku mudah taksub pada sesuatu. imaginasi aku tinggi untuk sesuatu yang kecil atau sesuatu yang orang tak terfikir pun untuk difantasikan. atau mungkin sebenarnya -- aku taksub pada perasaan sendiri.

tengok kartun pun boleh menangis beriya - sebab inilah. 
main games pun boleh berkerut dahi tahap apa - sebab inilah.
dengar muzik dan lagu pun boleh meraung macam orang gila - sebab inilah.

maka terhasillah tulisan-tulisan berupa ibrah-ibrah yang aku dapat. main coc, aku tulis ibrah coc. tengok avatar, tulis ibrah avatar. tengok harry potter, tulis ibrah harry potter. dengar lagu, tulis ibrah lagu. dan macam-macam lagilah.

aku cepat attach sebab aku dapat something. bukan aku gilakan sesuatu tanpa ada sebab. aku ni jenis "alang-alang buat, biar ada hasil". sampai orang cakap aku ni banyak sangat idea, main game tengok movie pun sempat lagi kutip ibrah.

aku tak tahulah yang banyak idea semua tu tapi aku letak benda tu sebagai -- overwhelming emotion (passion) for admirable sentiments.

sebab aku tak rasa pun tu macam idea ke apa tapi aku cuma nak terjemahkan balik apa yang jiwa aku rasa. aku tak boleh duduk diam selagi aku tak cerita. aku rasa dada macam nak pecah kalau aku tak boleh nak kasi tahu apa yang aku dapat. nak juga share benda yang bukan semua orang nampak. in a good way.

mesti ada yang kadang-kadang serabut tengok aku bercerita gaya taksub benar dengan something (contoh ; Avatar) hahaha. tak kisahlah orang cakap aku kuat berangan berimajinasi sekalipun. yang penting, aku rasa dan aku dapat dan aku akan rasa rugi kalau aku tak nampak semua tu. 

kalau jumpa orang yang juga nampak apa yang aku nampak, aku rasa macam nak buat pulut kuning. nikmatnya sembang dengan orang yang jiwanya connected dengan jiwa sendiri. ewah. dan setakat ni aku tak ada kawan lagi untuk bercerita pasal Avatar. hm.




"macam mana nenek kenal atuk?"
"nenek sebut nak tengok comet, lepas tu atuk kau cakap sozin's comet muncul 100 tahun sekali je. masa tu nenek tahu he's the one."

aci tak macam ni? ƪ(˘⌣˘)ʃ





definisi writer tu macam mana ya sebenarnya?

kita sekarang dah ada zine sekeping pun dah tayang kalimat "penulis" apalagi kalau ada buku. tak adalah, bukan masalah besar pun pasal ni cuma akulah - rasa malu kadang-kadang sebab "sedikit berlagak" dengan gelaran penulis. orang dulu-dulu tulis kitab berjilid-jilid tapi tak ada pun nak brag satu dunia haha kay malu. poet Islam zaman dulu tulis diwan bertambun pun tak bising canang (yelah sebab kita tak ada zaman dulu macam mana kita nak dengar kalau mereka bising pun - eh eh banyaklah jawabnya).

tak kisahlah mahu berbuat apa (yang tidak melanggar syariat Islam) 
-- asalkan tulus, insyaAllah diterima.


Saturday, 12 December 2015

Of Fire Lord Ozai, Prince Zuko and the Agni Kai












ini adalah scene agni kai antara fire lord ozai dan prince zuko, his own son. agni kai ni tradition berkurun lamanya dalam fire nation iaitu firebending duel. agni kai biasa akan diadakan bilamana firebender tu nak reclaim dia punya honor after being disrespected (sort of) atau untuk selesaikan konflik dan juga sebagai entertainment untuk penonton. dan semestinya dalam agni kai, akan ada yang kena burn dan winner adalah siapa yang burn his opponent. so, that's why zuko ada scar dekat mata tu. scar tu dia dapat masa dia dipaksa untuk fight his father. 

ceritanya begini (untuk sesiapa yang tak tahu), zuko terlepas cakap dalam meeting, so fire lord ozai rasa tercabar. at first zuko terima untuk agni kai sebab dia ingat dia akan fight gabenor yang dia terlepas cakap dalam meeting tu, tapi rupanya ayah dia yang dia kena lawan. agni kai sememangnya akan affect someone's honor. agni kai will leave you dishonor.

sebenarnya baru nak masuk point. didikan mak ayah sangat penting, kita semua tahu. kadang-kadang rasa kasihan tengok anak-anak yang turn out jadi "jahat" atau "terlebih nakal" disebabkan oleh "hasil didikan" mak ayah. tapi ada juga didikan yang dah elok tapi anaknya masih haru-biru. ada keluarga yang kita lihat elok pada luarannya, kalau tengok anak jadi punah pun orang dah tak salahkan mak ayah sebab nampak mak ayah tu warak habis dah. that's why aku sebut "hasil didikan". yang elok tu adakah benar-benar elok? bukan nak blame mak ayah, no. tapi kena juga tekankan sebab anak-anak membesar dipengaruhi dengan suasana sekeliling.

kalau hari-hari mak ayah bercakap kasar antara satu-sama lain depan anak-anak, apa akan jadi pada emosi mereka? jangan marah kalau anak jadi memberontak sebab as a parents kita tak sensitif dengan pertumbuhan emosi anak-anak apalagi bila mereka dah masuk alam remaja. dalam movie pun banyak, mak ayah hasut anak-anak untuk balas dendam, benci dan dengki pada orang lain. lepas tu anak-anak membesar jadi manusia yang tak tenteram sebab matlamat hidup dia adalah apa yang dia dapat dari mak ayah. contoh macam fire lord yang banish anak sendiri atas sebab kononnya dah jatuhkan maruah dia. dan zuko tu membesar jadi manusia yang matlamat dia cuma nak tangkap avatar semata-mata nak tebus honor. even dia punya source of firebending pun datang dari dia punya drive untuk capture the avatar. and once dia join team avatar, dia dah tak boleh nak firebend sebab source dah hilang. 

same goes with his sister, princess azula the true prodigy. dari kecil azula dah "berjiwa ozai" sebab dah dibrainwash awal-awal. kasihan tengok anak-anak yang jadi "mangsa" macam ni. memanglah ni kartun tapi ada saja kisah benar macam ni. aku memang serius kalau tengok kartun nak buat macam mana. watching how azula ended up jadi macam tak berapa betul tu.. kind of heart tugging. bukan seorang azula saja yang rasa dia tu macam monster, tapi deep inside kita pun mungkin pernah rasa macam tu bila kita perform tak up pada expectation semua orang ; family khususnya. the moment when you feel you're the worst person in the family. kind of tough.

dan bila ursa cakap pada azula, "i'm sorry i don't love enough" tu i felt like.. ya Allah.. entahlah tak tahu nak explain macam mana. last sekali anak-anak akan blame mak ayah for how they've become. macam sazali salahkan ayahnya yang terlalu memanjakan sehingga anak jadi tak betul haluan. anak-anak ni zero software lagi masa baby. kita install macam-macam pada dia. semoga nantinya bila dihadap kembali pada Allah, budak tu tak bervirus -- rosak dan punah.

zuko had a hard life just because he wanted to make a right decision. tapi worth enough la. dia pun sayang pada azula walaupun adik dia selalu buat jahat pada dia. didikan mak ayah sangat penting. tapi diri sendiri yang kena berfikir mana baik dan mana buruk. be a better parents. be a better child. dua-dua penting dalam memastikan keutuhan iman kita.

semoga.

----


maaflah kalau awak tak faham apa aku merepek. only avatarfreak will understand.






Friday, 11 December 2015

Selamat Pengantin Baru


Seandainya Allah izinkan saya untuk punya suami di dunia ini, saya berharap benar semoga saya tidak berlebih-lebihan berbicara tentang dia (atau mungkin sebetulnya tentang kami berdua) pada khalayak. Iyalah, bila dah bercinta, apalagi dalam hubungan yang memang membuahkan pahala, semestinya akan ada rasa mahu uar-uarkan bahagia. Sedangkan belum menikah saja saya rasa mahu cerita setiap hal yang manis-manis (kalau ada) tentang bakal beliau (juga kalau ada).

Tapi Allah hantarkan juga peringatan tentang ini. Bilamana kakak yang sudah seperti kakak sendiri sudah kehilangan suami di awal pernikahannya. Hilang kerana mati, tak apa. Hilang tapi masih ada, itu yang pedih. Bukan semua berhasil mendapatkan kebahagiaan kekal di dalam rumahtangga. Ada yang Allah aturkan perjalanan hidupnya lebih sulit pada sudut ini. Ada di antara kita yang belum mendapatkan seorang zuriat padahal sudah sepuluh tahun menikah tapi ada di antara kita yang punya zuriat tapi tidak bertemankan suami yang dulunya ada. Allah itu maha adil, kan? Allah kasi ujian sekadar kemampuan. Jadi, ternyata kemampuan kita berbeza-beza kerana bentuk ujiannya pun tidak sama.

Yang susah-susah untuk kita, belum tentu susah untuk dia. Yang senang-senang untuk kita, belum tentu senang untuk dia. Kerana itu kita seharusnya menjadi manusia yang lebih peka dan sensitif dengan permasalahan sekeliling. Kadang-kadang terbit rasa malu mahu tunjuk bahagia sedangkan teman di sebelah sedang bertempur dengan sakit dan luka. Alangkah kalau kita berperasaan sedemikian. 

Saya sangat berharap saya tidak lebih-lebih nanti. Untuk tidak langsung bercerita tentang bakal beliau itu rasanya mustahil untuk seorang yang romantik dalam menulis macam saya (haha!). Sedangkan sudah berpuluh-puluh karangan dan puisi saya tuliskan untuknya. Untuk kasi tahu sekarang sememangnya tidak mungkin, bimbang Allah tidak redha pula dengan romantik yang tidak bertempat. Jadi, saya harap nanti saya mampu kawal diri untuk cuma sedikit saja (atau sebanyak sedikit?) meluahkan tentang beliau pada khalayak. Saya mahu bawa parut derita perempuan-perempuan yang kehilangan suami. Supaya saya beringat dan tidak melampau tayang gembira. Supaya saya terdidik untuk menghormati perasaan mereka.

Susah pula rasanya. Semoga saya ditemukan kembali dengan tulisan ini nanti kalau-kalau saya terlalu asyik menulis tentang dia sang penyejuk mata penenang hati (andai Allah izinkan untuk ada). Apapun, teruslah bersangka baik pada Allah serta manusia. Jangan terlalu tonjolkan abang sayang cinta. Tapi kita juga jangan lekas iri bila kita belum ada yang mahu sedangkan teman rapat sudah mahu melahirkan! (huhu). Jodoh itu urusan Allah. Tunggu saja. 😂




Friday, 4 December 2015

"You're finally connected with your spiritual self. When we hit our lowest point, we're opened to the greatest change." - Avatar Aang


sometimes memories are the best hunter to us. they hunt us non stop as long as we refuse to face them. we can pause them but to shut them down forever is never going to happen. no matter what it takes, they'll force us to make the playback and saw everything that had happened. again. we'll end up stressed and depressed and worse -- they can drive you crazy. a real mental disorder.

and you think there're way to stop the memories from hunting us?


since i fell sick i was unable to remember any memories from the past two years. it's not totally faded out but, they all got so blurry and i can't remember them well. it's a good thing by the way. i'd rather have them wiped away since remembering them just made me hurt.

but i was wrong.


the reason why i'm not fully recovered spiritually is because i blocked the memories. whenever they pop up in my head, i didn't let them flowed. i thought if i blocked them from attacking me emotionally, i'd be okay. but things didn't seem to work like i thought it should be.

alhamdulillah for siti ainum being a cartoon-maniac and emo-maniac. good cartoon always makes me cry as i put all of emotions when i watched them. they give me a lot of things to learn. well, i just finished watching Avatar : The Legend of Korra. and of course i got something.

when korra was captured by the red lotus and being poisoned by them, she had a bad injury physically and spiritually. she's unable to run from her worst past, the time when she almost killed by zaheer the leader of the red lotus. she couldn't go to the spirit world as she didn't find peace, her emotions was out of balance. in order to overcome her fear towards zaheer, korra and mako went to meet him in the prison.

zaheer helped to lead korra to enter the spirit world. but the journey needs her to face her fear once and for all. when the memory of her battle with zaheer replayed, she refuse to take it.

"let it play out." 
"i can't." 
"you can. accept what had happened to you. don't fear what might have been. don't be afraid. hold on."

and she made it. enemies do teach us a big lesson. avatar series never failed to impress me. aang series taught me a lot about wisdom but, korra gave me many solutions. and i need them both.





i learn a lot from that scene. there are times when we refuse the reality. because reality hurts. it's hard to accept what had happened in a way you never expected. 


"that poison should have killed you but, you're able to fight it off. you think your power has limits. i say it's limitless." - zaheer to korra


"i know i was in a pretty dark place after i was poisoned but, i've finally understand why i had to go through all that. i need to do understand what true suffering was. so, i could become more compassionate to others even to people like kuvira." - korra to tenzin


i need to understand what true suffering was..


Ya Allah. i don't question Your deed. i know it's just a test to decrease my infinity sins. but, i can't deny that it hurts so much too. i too tired i could die. but with this ilham given tonight, i just can pray that i won't block the haunted memories anymore. i need to let them flow in order to gain inner peace.

i don't care if tomorrow i'll have a break down again because i know healing needs process. may the day will come, when i read this entry again and say ;

"i made it. i passed the test. i've found sakinah."


Ya Allah. i know You'll make it to happen. one day. i'll give my full attempt to get over this and the rest is Yours -- i'm learning to accept what had happened and what is happening and insyaAllah what will happen.

i trust that Your plans are always the best for me.



she looked so strong back then :)



empat tahun lalu, nafas kau seperti direnggut dan kau hilang asa untuk teruskan hela.
tiga tahun lalu, hati kau dibelah toreh dan kau antara hidup mati sedut udara duka.
dua tahun lalu, luka bekas torehan semalam seperti terbuka kembali dan kau diam kerana sudah biasa.
satu tahun lalu, parut bekas luka semalam disentuh perlahan dan kau senyum walaupun asbab luka itu belum kau lupa.
hari ini, kau bangun pagi dan ketawa kejar bahagia depan muka sebab kau dah tak peduli sakit derita sebelumnya.

tak penting berapa tahun yang perlu kau ambil untuk atasi dan hadapi segala luka.

yang penting,
akhirnya kau sembuh.