Saturday, 12 November 2016

Dongeng Malam Anggun




I believe the ocean once belonged to the moon.. and that it fell, falling into the earth.
That is why the moon is consistently pulling onto it, ceaselessly trying to touch it once more..
-- Brandon Villasenor

----------------


Kau tahu, bukan cuma bulan yang berusaha menjadikan laut kembali dekat dengannya. Tetapi laut juga setia menadah cermin, memantulkan sinaran bulan yang mempesona, demi merasa dekat dengan kekasihnya walaupun sekadar mampu menyentuh pantulannya sahaja.

Sesungguhnya ini dongeng malam anggun yang tragis.






Sunday, 14 August 2016

"Sebab aku akan selalu ada tepat di sisimu, orang yang membutuhkan aku, tak terkecuali siapapun." - m



Alangkah kalau bisa saja begitu. Kau datang, aku hulur bahu. Marilah tumpang bersandar. Aku tahu kau lelah jalani hidup. Pinjamkan saja bahuku ini, bukanlah berat kepalamu untuk pundakku tanggung. Tidaklah aku berkira-kira mahu tepis atau jatuhkan kepalamu, jangan risau. Aku masih lagi mampu menjadi tugu untuk kau lepaskan lelah tanpa ragu.

Alangkah kalau bisa saja begitu. Tapi kini aku bukan seperti itu. Bahuku sudah tidak kelihatan. Aku sendiri kenanaran mahu menumpang rehat di celah mana. Bukan aku tidak lagi sudi pinjamkan bahu, tapi aku sendiri tidak mampu berdiri dengan aman, bagaimana bisa aku jadi tempat sandaran?

Alangkah kalau bisa saja begitu. Tapi hari ini bukan lagi seperti semalam. Kau datang, tidak aku sambut, halau juga tidak. Tapi kau tidak juga mahu fahami aku. Kau masih tetap datang dengan beban yang berat di mata dan sarat di jiwa. Bebanmu terlalu banyak sehingga kau tidak lagi nampak bahuku sebenarnya sudah sedia penuh dan menunggu rebah. Padahal kau cukup tahu bahuku pernah patah. Bahuku tidak segagah dulu. Kau tahu itu.

Alangkah kalau bisa saja begitu. Aku dengan bahuku yang belum sembuh dan kau datang lagi minta dipinjamkan sedikit ruang di celah itu. Tidak mengapa, datang sajalah. Aku tahan saja, sampai nanti aku jatuh tidak lagi bangun. Untuk kau, aku kasi.

Tuesday, 19 July 2016

Brave soldier girl comes marching home


nak tahu tak, aku dah selamat daftar semester lima. aku cuak gila nak masuk semester kali ni. tak ready satu hal sebab dah lama tak belajar jadinya otak berkarat. tapi lagi satu hal yang penting, sebab aku takut nak jumpa lecturers. aku tak tahu nak hadap mereka macam mana.

kenapa takut nak hadap?

sebab aku blah tanpa khabar dua semester lepas. aku minta kakak saja setelkan urusan penangguhan aku untuk kali kedua.

ainum tangguh lagi ke?

ya, semester lima kali kedua aku masih lagi tak berhasil.


aku rasa tak ada la lama sangat tangguh haha tapi bila pergi akademik tadi tengok dalam sistem, rupanya aku tangguh empat sem berturut-turut. dua tahun pergh. patut tak nak masuk kolej dah pun. lama sangat tinggal.

sebelum bertolak ke kuantan dah rasa nak menangis sungguh-sungguh. rasa macam memang nak lari. tak nak balik kipsas lagi. mental tak cukup sedia nak terima kipsas balik. kipsas ni pun satu who do you think you are runnin' 'round leaving scars choyy. tapi nak taknak kena pergi juga sebab dah deal nak masuk sem ni. buat-buat okay saja depan mak ayah walaupun ada masa aku merengek hukhuk cakap taknak pergi lagi. mak ayah tak kisah pun. tapi aku la yang kisah.

memang cuak gila hati tak tenteram, aku solat hajat dulu sebelum balik kuantan. minta Allah kasi tenang, lembutkan hati pensyarah, bagi mudah sikit hari-hari di kipsas, taknak ada benda yang boleh buat patah semangat. susah sebab attachment dengan lecturers ni sangat kuat. kita jadi mudah vulnerable dan fragile bila dihadap dengan benda yang kita cinta. sebab tu aku takut nak jumpa, aku takut aku termenangis depan mereka. malu la weh asyik menangis.

aku cakap dekat Allah aku penat. memang aku tak tahu malu. ujian aku bukanlah seberapa sangat tapi aku masih lagi nak mengadu yang aku penat gila. tengok tak the conjuring 2? janet cakap dia penat kan sebab kena macam tu? ya penat, walaupun aku bukan kena macam janet. tapi sumpah penat. nampak tak betapa banyak penat yang ditaip tapi ini pun tak dapat nak gambarkan perasaan penat yang sebenar tu.

penat nak fight dengan benda yang tak nampak. kalau nampak senang juga aku wingchun ke tikam belakang ke. memang tak nampaklah sebab kena bertarung dengan diri sendiri.


lepas tu pagi tadi sebelum masuk kelas, tak putus berharap biarlah Allah bagi senang hati, bagi hiburan untuk semangatkan kembali. masuk kelas fan al-ilqa, ustazah aida tanya khabar. alhamdulillah ustazah okay. ustazah tak tanya kenapa aku blah macam tu saja sem lepas tak cakap sepatah. then aku pergi jumpa ustazah nurizan. ustazah duk ahlan wasahlan kan aku dengan muka mengusik macam biasalah. ustazah cakap nak masuk sem tak bagi tahu, sedar-sedar ada depan pintu. alhamdulillah lepas dengan ustazah nurizan, tak kena marah atau dipersoal. lepas tu masuk kelas fiqh lughah, duktur toha memang tak lupa lagi nama siti ainum, syukur haha. 

lepastu ustazah norahida masuk kelas yang sama untuk subjek sejarah mamluk dan tamadun uthamniyah, aku join sekali walaupun dah belajar. banyak gilaaaa dapat benda baru hari ni. mamluk aku suka kot. ustazah nak ajar lagi detail sem ni tapi dua minggu saja lepas tu pensyarah sambilan akan ganti. oh dan cerita pasal ustazah norahida, ustazah sebenarnya dah dapat kelulusan cuti tiga tahun sebab nak sambung phd. tapi ustazah ada saja kat kipsas cuma tak mengajar dah. dan tadi lagi terharu gila sebabnya, aku ada satu subjek yang memang tak ditawarkan sem ni (dunia islam zaman moden). aku cakap dekat ustazah aku ambil subjek tu sem depan sekali dengan tesis. ustazah cakap try adjust dapatkan sem ni. ustazah sanggup ambil subjek tu ajar aku sorang walaupun sepatutnya ustazah dah cuti. tersengih-sengihla aku di situ haha. gila taknak belajar dengan ustazah. ustazah ngape baik hmhm.

lepas tu, masa nak turun dari kelas tu tiba-tiba aku dengar suara, "ehhh dia dah sihattt laaa." tengok-tengok ustazah azlina dengan muka excited. alahai rasa macam nak menangis. macam biasa ustazah takut nak salam aku sebab dia takut jin berjangkit kot haha apeni sazah. tapi salam juga. ustazah tanya khabar tob'an lepastu bagi semangat sikit. alhamdulillah setel dengan ustazah azlina. 

lepastuuuuuuuu part paling mendebarkan muncul. Ya Allah rasa macam nak pecah dada bila fikir macam mana nak kena jumpa ustazah norillah! aku tak reply whatsapp ustazah masa sebelum tangguh sem hari tu sebab aku memang mental breakdown gila. aku tengah nak cari semangat tiba-tiba terasa dihancurkan semangat tu dengan sekali hayun saja. tapi aku tak salahkan sesiapa of course. aku tahu aku lembik. cuma di situ aku belajar. jangan sembarang cakap dengan orang yang tengah down sebab mungkin kata-kata kita boleh bunuh dia terus. aku belajar untuk lagi faham jiwa orang yang berantakan habis ni. masuk saja pintu bilik ustazah tadi, ustazah intai tanya siapa  lepastu dia senyum sinis macam biasa sambil cakap, "muka budak ni lagi, bila nak habis tau budak ni." tapi alhamdulillah Allah sangat mengerti, Allah memang kasi mudah hari ini, Allah memang kembalikan semangat. boleh sembang dengan ustazah macam dulu-dulu. ustazah cakap aku masih lagi tak senonoh macam dulu hm k. alhamdulillah terlebih setel dengan ustazah norillah!

okay maka tamatlah cerita hari ini.

point satu saja, mintalah apa saja dengan Allah, pasti Dia akan kasi. tapi kita malas mahu meminta, sayang kan.

alhamdulillah untuk hari ini. cinta-Mu sangat menggugurkan air mata, wahai Ilahi. terima kasih telah buatkan aku merasa sangat dijaga dengan penuh kasih sekali.

kawan-kawan, kalau rasa nak give up tu, jangan give up lagi. jumpa Tuhan dulu. okay? :)






Wednesday, 18 May 2016

"Kadang kita perlu menjadi tuli." - Laras, Tuhan Maha Romantis

Hidup adakalanya tentang bagaimana nak tahan diri dari putus asa. Bahkan tentang bagaimana untuk tidak langsung terlintas rasa putus asa. Kadang-kadang tak boleh lari dari berperasaan jatuh-tak-mahu-bangun. Tapi itulah.. menjadi seorang muslim dan mukmin ini, Allah sangat mengajar kita supaya jadi lebih dari yang kita tahu. Di saat kebutuhan mendesak baru kita tahu takat mampu kita pada tahap mana. Kecil atau besar jiwa -- ditentukan pada hujung jalan yang tersisa.

Setiap orang adalah adiwira kepada dirinya sendiri. Orang lain cuma mampu tolong hulur tangan. Yang menentukan mahu tak mahu sambut huluran tangan itu kita. Kaji kelemahan diri sendiri dan binalah kekuatan yang akan melindungi kelemahan itu. Seperti seorang ayah yang melindungi anak perempuannya dari ditimpa celaka kerana dia tahu anaknya lemah.

Jadilah siapa kita nak jadi. Yang penting jangan jadi apa yang Allah murkai.


Thursday, 25 February 2016

Dongeng Padang Bulan



Maahad Tahfiz Darul Hadis Sabah


Entah apa mahu kau, bulan. Bila saja aku halakan sepenuh perhatianku kepadamu, kau seperti malu-malu menunjukkan rupamu. Yang aku lihat cumalah cahaya terang yang mempesonakan, yang mana bila orang melihat pastilah engkau dirafakkan lantaran kecantikanmu yang berselimut abadi.

Oleh sebab itu, aku mencari jalan bagaimana untuk aku dengan jelas dapat melihatmu, merakammu dan memegunkanmu dalam sekeping foto.

Aku terpaksa berbasa-basi dengan pohon-pohon yang ada di depanku, dengan harapan kau tak akan perasan niat asalku adalah untuk melihatmu, cantik.

Ternyata, cubaanku berhasil.

Kau dengan rela saja menayang rupamu bila saja aku tidak meletakkan perhatianku kepadamu. Dan masih juga aku mahu menuturkan perkataan ini walaupun mungkin kau sudah jemu mendengarkannya -- kau sungguh cantik, bulan.

Kau mahu ajarkan aku sesuatu, bukan? 

Untuk memandangmu, tidak seharusnya aku perlu memandangmu. Dan kau tetap cantik begitu. Paling cantik dimataku.


[catatan momen di penghujung februari]



Monday, 18 January 2016

terima kasih Syeikh Zainul Asri -- dikau menjadi sebab hatiku sedang dilantun mahabbah yang suci





keterlaluankah andai aku katakan hari kelmarin adalah hari pertama kali aku mengenal makna kacak seorang lelaki?

keterlaluankah andai aku katakan tak puas mata ini memandang walaupun pandanganku harus ditundukkan?





Ya Allah. 
sungguh aku telah jatuh cinta. 

melihatnya yang tekun mencatat ketika gurunya sedang berbicara padahal ilmunya juga bukan biasa-biasa. 
melihatnya yang tunduk mencium tangan anak kecil yang beratur mahu bersalam dengannya di tengah-tengah khalayak. 
melihatnya yang tak pernah lekang mengucap selawat kepada sang rasul mulia.




Allahuakbar. 
keterlaluankah andai aku katakan aku telah bertemu malaikat?




sungguh aku telah jatuh cinta, Ya Rabbi. 

aku terlanjur jatuh dan aku tak mahu bangun. indahnya laku beliau sebagai ulama pewaris nabi, sheikh zainul asri
cukuplah kesolehan yang buat seorang manusia itu cantik. ternyata lebih dari cukup.




dan sebetulnya aku sedar, yang aku jatuh cinta hakikatnya bukanlah beliau. melainkan aku sebenarnya sedang terpikat dengan rasulullah saw. kerana apa yang beliau tunjukkan semuanya akhlak nabi. maka, yang aku jatuh hati itu adalah baginda sendiri. entah rasa apalah yang akan hadir jika rasulullah masih ada dekat pelupuk mata. tak terucap.



يا قرة عيوني عليك السلام
فؤادي لنحو المدينة هام
و قلبي تولع بخير الأنام
أنا يا ابن رامه، حرمت المنام
وزارني سقاما غرامك تمام



wahai cahaya mataku atasmu salamku,
hatiku rindu pada madinah,
hatiku terpesona atas sebaik-baik manusia,
aku wahai kekasih, tidurku tidak lena,
dan bertambah sedih kerana rindu padamu.




Allahumma sholli 'ala Muhammad. ❤


[kredit gambar : tumblr]








terima kasih Syeikh Zainul Asri -- 
dikau menjadi sebab hatiku sedang dilantun mahabbah yang suci.

melihatmu sahaja cukup untuk aku terbayangkan syurga.
semoga nantinya aku juga menjadi cerminan untuk manusia terimbas Tuhan.


Sunday, 17 January 2016

Daurah Kitab dan Lantunan Mahabbah 2.0





majlis ilmu yang kedua setelah liqa' bersama sheikh zainul asri ; Daurah Kitab. sememangnya kelmarin adalah hari yang penuh ilmiah. dari pagi sampai ke petang. dan malamnya disambung lagi dengan Lantunan Mahabbah. ya Allah, syurga dunia ini pun sudah begitu indah dan tak puas duduk. terima kasih atas kesudian menjemput aku, wahai Allah.

sesi pertama daurah kitab "Ayyuhal Walad" bersama Syeih Zainul Asri. aku rasa terlampau banyak basic things yang kadang-kadang banyak dari kita rasa dah pass tapi sebenarnya banyak lagi yang kita miss. sangat banyak. fardhu ain masih terlalu banyak yang tak dilaksana. bukan sekadar apa yang pernah dibelajar dalam subjek pengajian islam dulu. 

berdasarkan kitab ayyuhal walad karangan Al-Imam Hujjatul Islam - Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, nasihat yang ketiga, kata sheikh zainul asri ; orang yang tak suka dinasihati ni tak ada kebaikan lagi padanya. orang yang paling baik ialah yang boleh nasihat orang lain dan dalam masa dia juga boleh dinasihati oleh orang lain. entah berapa kali aku tertusuk hakikat - pedih wahai.

Saidina Umar Al-Khattab pernah meminta nasihat  daripada Salman Al-Farisi, namun salman cuma menjawab tiada apa yang perlu ditegur. lalu umar pun berkata, "mana yang kamu rasa tak sedap di hatimu, tegurlah aku." jawab salman, "dulu ketika rasulullah masih ada, baju kamu ada satu helai. sekarang setelah kamu menjadi amirul mukminin, baju kamu ada dua helai." kalau tak silap aku, umar menangis mendengarkan jawapan salman. aku tak sempat catat pada bahagian tu, ralit sangat dengar cerita. kata sheikh lagi, baju umar cuma dua iaitu baju musim panas dan musim sejuk - itu saja. dulu sahabat cuma ada sehelai baju sebab mereka tak mahu melebihi rasulullah saw yang cuma ada sehelai baju. kita masih terlajak terlampau jauh untuk punya cinta sedalam itu terhadap kekasih Allah. 

sheikh juga pesan supaya amalkan bersugi. jika kita dah tahu sesuatu ilmu, kena amalkan walaupun sekali seumur hidup. jika tidak, akan dikira sebagai tidak mengamalkan ilmu. dalam muta'allim (belajar), kena ada pen dan kertas. itu baru dikira sebagai nak belajar. kalau cuma datang dengan telinga yang terbuka, tak jadi.

pernah seorang guru bertanya kepada syeikh zainul asri, apa tujuan hidup? dan syeikh pun menjawab seperti biasa orang jawab ; untuk cari redha Allah dan sebagainya (aku cuma ingat yang first). jawapan syeikh tadi tidaklah dinafikan oleh gurunya tetapi jawapan gurunya ternyata sangat mengejutkan dia. jawapan yang bikin dia terasa lemah seluruh badan.

jawab gurunya, matlamat hidup ialah mati. berbuatlah apa sekalipun dan banyak mana sekalipun, kita perlu ingat bahawasanya kita tetap akan mati. dunia ini kita himpun untuk tinggal - itulah aibnya dunia. himpun banyak-banyak di dunia tetapi akhirnya kita tinggalkan juga. jadi, himpunlah apa yang kekal supaya ada bekal di perkampungan akhirat yang abadi.

seterusnya, hidupkan qiamullai. apa yang memberatkan bangun malam adalah dosa yang dilakukan di siang hari. kalau sampai tahap kita tidur malam dan tak langsung terfikir untuk bangun malam, itu maknanya kita memang sudah tenggelam dalam dosa. Ya Allah. bilamana kita ada dosa dengan Allah, ibadah akan jadi lambat. taubatlah yang akan melajukan.

sesi kedua pula bersama Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bentani. kali kedua mendengar kalam beliau. sangat seronok dan dalam sekali setiap patah maknanya. tapi masa ni aku dah tak sempat nak mencatat sebab kena jaga anak orang. catat pun sikit-sikit saja tapi tak apa, nanti aku share video rakaman daurah, insyaAllah ada dirakam.

nasihat keenam belas ; carilah guru yang mursyid. kata syeikh, beliau akan mencari guru yang tak ghibah. tak cerita canang keburukan orang. nasihat keduapuluh dua ; jangan engkau banyak bertanya tetapi hendaklah engkau banyak beramal. tanya sebab tak tahu. jangan tanya sebab sekadar nak uji ataupun tak bersetuju.

sesi ketiga bersama Maulana Hussein Abd Kadir Yusufi. sesi ni memang aku dah tak boleh nak mencatat sebab duk monitor anak-anak yang berkeliaran. aku pandang ibu-ibu kat sebelah pun dah tersengguk-sengguk sebab penat. mujahadah isteri da'iyah - begitulah. suka tengok dewan MUIS yang penuh. memang ramai yang hadir datang mengisi dan makin meriah dengan anak-anak kecil yang berlari. huhu.





malamnya disambung pula dengan Lantunan Mahabbah. ini memang malam kemuncak. malam yang segalanya pertama kali. entah harus bagaimana aku terjemahkan kembali perasaan semalam. sememangnya hati aku sudah mula dilantun mahabbah yang begitu nikmat dirasa.

"jangan tinggal qasidah. qasidahlah walau tak ada gendang. qasidah untuk menimbulkan mahabbah sebab qasidah ini ialah penawar dan terapi bagi jiwa kita, insyaAllah." - sheikh zainul asri

selama ni berqasidah pun, rasa macam sekadar "hiburan yang halal". pengertian belum sampai. tapi lain pula feel-nya bila berqasidah dengan ulama ni. diajar bagaiman cara tepuk. bagaimana cara nak layan qasidah. nak qasidah kena seronok sebab kita puji nabi. puji nabi kena seronok.







dan semalam memang tahap melting tahap entahlahhh. ya Allah. rindunya kepada Rasulullah saw. rasa macam kalaulah-aku-tahu-lebih-dulu, tapi syukurlah sekarang pun Allah masih titip rindu. sebak yang sangat bila lantunkan bait-bait qasidah yang indah. bila mula faham segala maksud dan cerita di sebalik qasidah, perasaan tu lagi lain. betullah syeikh rohimuddin cakap, kunci cinta adalah kenal. kenal Allah, maka akan cinta Allah. cinta Allah, maka akan kenal Rasulullah. kenal Rasulullah maka akan cinta baginda.

malam tadi dua kali qasidah "ya hannan ya mannan" dimainkan. kegemaran aku. oh, juga kegemaran syeikh zainul asri! tak dapat nak dengar betul cerita di sebalik ya hannan ya mannan ni sebab sibuk duk monitor rumaisa, anak perempuan sheikh rohimuddin yang masih kecil. dia sibuk nak main berlari segala. kurus aku semalam. 

tak sabar nak tunggu video masuk youtube. rindu sudah! tapi sini aku share dulu Lantunan Mahabbah yang lepas di Kedah.




malam tadi juga pelancaran kutipan dana untuk maahad tahfiz darul hadis sabah. ada yang derma 60gram emas yang nilainya bersamaan lebih kurang 10 ribu! tiba-tiba aku rasa nak jadi kaya. Allah, sedapnya boleh bagi banyak tu untuk agama. untuk sesiapa yang nak derma, bolehlah rujuk poster di bawah. hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan. boleh contact nombor yang tertera. boleh juga contact abang ipar aku, Ustaz Mat Razali (mudir darul hadis sabah). infaqlah banyak mana pun yang termampu. :)





Saturday, 16 January 2016

fastaqim hatta ya'ti nasr!


"pernah tak kau rasa, kenapa Allah masih meletakkan kau di jalan ini, walau kau rasa dosa kau sudah menggunung, dan sudah tidak layak langsung memegang gelaran dai'e, tapi masih lagi Allah terus memilih kau dari hari ke hari, pernah?" - kak piqa

pernah?

disebabkan terlalu banyak masa yang telah terbuang tanpa diisi dengan hal-hal yang membantu agama Allah -- penat.

penat rupanya duduk dalam keadaan tidak berbuat apa-apa. sungguh. demi Allah, penat yang aku rasa ini terlalu. istirehat bukanlah hal yang biasa bagi seorang pejuang kerana itu bila tiba saat kita tidak bekerja, mula terasa aneh -- iman dan hidup keseluruhannya.

dan aku masih lagi diberi belas ihsan dari Allah yang keterlaluan cinta-Nya terhadap aku. masih lagi aku dipandang dan diberi sudi untuk tetap lagi di sini - di jalan yang bukan semua ada - dengan fikrah ini.

alhamdulillah atas besarnya nikmat karunia yang Allah kasi, dihulur melalui kalam ulama-Nya untuk kembali bugarkan seorang aku. terima kasih Sheikh Zainul Asri. tak berhenti mata membasah hanya kerana rindu. rindu untuk duduk di dalam suasana seperti itu. rindu untuk mendengar pesanan nasihat dan kalam perjuangan. oh Tuhan, aku dikerumuni rindu yang banyak sehingga aku rasa aku tak mampu untuk memboloskan diri. aku tak lagi mampu untuk lari. aku boleh mati dihimpit rindu yang tak tahu kata putus asa ini.

tapi syukur -- rindu ini malah menghidupkan aku.

beruntungnya hamba bertemu empat mata dengan ulama yang disegani. setelah banyak kuliah dan majlis ilmu yang tertinggal, akhirnya Allah kasi kuliah pertama bersama guru yang masyaaAllah -- bukan calang-calang orang.

kita berada di saat kemenangan Islam. Islam pasti akan menang. namun orang yang nak membawa kemenangan Islam itu bukan sembarangan. hanya orang yang dipilih oleh Allah Ta'ala sahaja. mereka akan menikmati saat kemenangan Islam. Islam akan menang di tangan generasi yang terbaik. terbaik itu pada ukuran Allah Ta'ala ini sebagaimana firman-Nya ; 
"dan katakanlah : "bekerjalah kamu, maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." (Surah At-Taubah ayat 105)

yang bawa kemenangan Islam itu bukan sembarangan orang. lihat kita -- cukup kelayakan atau tidak? perjuangan rasulullah saw dan para sahabat dan bahkan juga pemimpin-pemimpin Islam yang terdahulu, semuanya dengan menjaga amal ibadah. solat jemaah. tahajjud. baca qur'an. dan kita juga sekarang, untuk capai kemenangan juga perlu dengan cara itu. tapi sayang ramai di antara kita yang cuma sembang kencang. tarbiyah harakiyah melebihi tarbiyah ruhiyah. ibadah tak jaga tapi cakap haraki bukan main hebat. sufi saja tak jadi. haraki saja pun tak jadi. contohilah rasulullah saw, figur utama sufi haraki terbaik dan diikuti dengan para sahabat baginda.

"seburuk apapun, sekeruh apapun kondisi kapal layar kita, janganlah sekali-kali mencoba untuk keluar dari kapal layar ini dan memutuskan berenang seorang diri, karena pasti kau akan kelelahan dan memutuskan menghentikan langkah yang pada akhirnya tenggelam di samudera kehidupan." - KH Rahmat Abdullah




Ya Allah, tsabatkanlah kami di jalan ini dengan fikrah ini. semoga sentiasa bersama kepimpinan ulama. semoga mampu istiqamah hingga kemenangan.

beri aku kekuatan dan kesihatan. aku mahu kembali bekerja. aku mahu kembali hidup untuk agenda Engkau. 

semoga ini permulaan kisah untuk bangkit semula setelah jiwa mati terberantak ditikam kecewa dan putus asa. tapi Engkau tetap juga hadir, hulur harapan yang tak ada sudah setelah aku begitu lemas dalam gelap hingga untuk sebut nama-Mu pun terasa berat kerana terlalu jauh dan malu.

alhamdulillah untuk nikmat punya Engkau di dalam hidupku, Ya Allah. peluk aku erat. dakap aku rapat. pegang aku kuat.



Friday, 15 January 2016

artis jalanan





jika manusia itu ialah seorang pemuzik
maka hidup adalah instrumen yang paling membahagiakan
cuma kalau dia tahu cara mainnya

kalau hanya main petik main gesek --
punah bunyinya dek not-not yang berterabur

tapi kalau dia belajar dan perhati dengan sabar
teliti dan hayati satu persatu do-re-mi yang bersilang bersatu menjadi lagu --
lagu mana saja yang dia tak boleh lagukan.



[140116 - 22:30] Allah found I lost and guides me.





di saat kau belek album-album lama, tulisan-tulisan lama, barang-barang lama, dan kenangan-kenangan lama, kau tahu kau ada hilang sesuatu.

sesuatu yang kau tak akan dapat dengan mudah walaupun dibayar sejuta.

khabarkan kepada aku, apa yang lebih menyedihkan daripada tahu hakikat bahawa kau telah kehilangan diri kau sendiri?

dan untuk dapatkannya kembali butuh perjuangan yang bukan mudah, yang kau tahu dulu untuk dapatkannya kau sudah tertumbuk ke tanah.

rupanya rindu pada diri sendiri itu, perasaannya sadis sekali. heh. 


November 29, 2015 


Thursday, 14 January 2016

we tend to give opinions about the thing we don't know and then the opinions given may hurt others. we neither know nor care.






sebab kita selalu letak kaki orang dalam kasut kita. kita nampak kasut kita sesuai dengan dia. kita kata, "eh, pakai saja kasut ni. selesa gila nakmam." padahal kaki orang dah lecet, ibu jari kaki dah sakit sebab ketat. cuma orang tak kasi tahu kaki dia tak muat sebab kalau dia cerita pun, manusia payah faham masalah orang macam kita ni bukan nak reti pun. tetap kita kata -- dia kena pakai kasut kita. 

kita cuma tahu kasut kita. kasut kita. dan kasut kita.





aku tanya apa khabar






kiranya apa khabarmu sekarang, tuan?

sebuku sudah surat-surat yang kutuliskan untukmu tapi tak pernah aku berani untuk beri kau baca.

setiap helaian surat adalah maksud yang aku ingin kau fahamkan. setiap dakwat yang tertumpah menjadi kumpulan huruf adalah sebahagian dari detak rasa yang mengalir memberi nafas kehidupan. justeru, andai kau membaca tulisan-tulisanku ini, seperti kau khatam satu kali bagaimana persis seorang aku.

dan lagi sekali aku tuliskan surat untukmu. dan tak juga aku kirimkan untuk kau baca.

aku lebih selesa begini. menulis dan membacanya sendiri. dengan melakukan sebegini, rasa ini makin segar dan kau terasa lebih dekat. ada tapi tak ada. tak ada tapi ada.

nyaman.


Ogos 3, 2015 | 02:22


"having nothing, nothing can he lose." - william shakespeare





ya, kita tak akan kehilangan apa-apa sekiranya kita tak punya apa-apa. seperti seorang fakir yang tak risau bakal dirompak kerana dia sememangnya tak ada harta.

termasuklah dalam hal perasaan. sebenarnya apa yang merugikan kita kalau kita tak berhenti dari menyimpan hasad dengki, dendam kesumat, benci, bahkan sakit hati? apa yang kita akan hilang seandainya kita tak menjadikan hak milik segala perasaan ini?

kita selalu letak emosi berlebihan pada tempat yang tidak perlu. kita suka membesarkan masalah yang sebetulnya tak jadi masalah kalau kita tak besarkan. kita sering tutup mata dan tutup telinga dari penjelasan orang dek emosi yang selalu diminta menangkan.

apa yang kita akan hilang kalau kita tak berperasaan sebegini, cuba? 

tak ada yang rugi.
tak ada yang mati.

tak ada orang yang akan sakit melainkan empunya diri andai kata hidup bermatlamatkan dendam, bertunjangkan benci, berdasarkan iri, dan malah bertemankan sakit hati.

ya, marah itu perlu pada tempatnya. tapi bukan alasan untuk kita tak tahu kasi sejuk dan buat reda. tak usahlah kasi penat diri sendiri untuk sibuk fikir cara nak meranakan orang. kita hidup pun ada sengsara sendiri. dah, buang masa.

sanggup ke hidup dengan ketawa atas jatuhnya orang lain? rela ke kata "padan muka" bila orang lain kena musibah?

busuknya hati kalau mampu berperasaan sebegitu.

kita makin tua setiap saat. sudah-sudahlah ingat kesakitan yang lepas-lepas. sama ada orang sengaja atau tak sengaja kasi sakit, heningkanlah jiwa kembali. tak lama dah nak mati. simpan yang molek-molek saja. takkan nak hadap Izrail dengan seribu satu kebencian yang terbuku di dada? 

kita semua asalnya kosong software. install apa yang tak sepatutnya, cuma mengundang virus. jadi, hati-hatilah dalam memasang perasaan. cukup yang ada cuma cinta. kan enak? :) 



"you realise you can never properly love even one thing, let alone everything. that's why you get a little sadder as you get older. you fall in love a little every day with something new, and so your heart breaks a little every day." - i wrote this for you






we all born okay until one day our hearts break into pieces. but, that's okay too. because the heartbreaking feeling won't last.

it's one of the balance in this life, right? when there's earth, there's air. when there's fire, there's water. when there's pull, there's push. when there's sadness, there's happiness. when there's evil, there's good. it's just like yin and yang.

the balance shows that having a heartbreak is the nature of being human. we need it too. like how yin needs its yang. so, being broken will make us have a better heart, insyaAllah.

Allah The Almighty won't give us a trial with the intention of failing us in the end. if we fail, then that's mean we need to try again and try harder until we finally success.

qala Allahu Ta'ala fi kitabil karim,
"fainna ma'al 'usri yusraa. Inna ma'al 'usri yusraa." 
verily after hardship comes ease.

so, trust Him. He knows what He's doing. for us.




koleksi rindu seorang aku




betapa di hati aku terbuku kerinduan yang begitu banyak -- rindu yang mula melumut dan berumah.

kalau hati aku ini diibaratkan seperti kapal davy jones, maka rindu itu adalah anak kapal yang perlahan-lahan menjadi sebahagian dari kapal -- mengabdikan diri di situ. seperti ayah will turner yang makin lama makin hilang ditelan kapal.

begitulah keadaan rindu di hati aku. terbuku menjadi koleksi yang kalau aku susun dalam timbunan huruf, aku sudah boleh hasilkan 10 juzu' kisah atau mungkin lebih.

tapi aku juga tak mahu menulis tentang rindu-rindu aku yang aku sendiri tidak tahu sebenarnya hati ini mahukan siapa atau apa. untung hati kita ram besar, boleh diisi dengan kadar infiniti tanpa ada amaran "low space -- delete some of the files". mujur.

kalau rindu yang terbuku ini aku bukukan, apakah akan habis rindu ini setelah menjadi buku? kalau habis -- ya, aku mahu tulis.


Oktober 1, 2015 | 20:07


Wednesday, 13 January 2016

Memoar untuk Tuanku, Sultan Abdul Hamid II;







Memoar untuk Tuanku, Sultan Abdul Hamid II;

Maafkan saya, tuanku. Lewat benar saya membalas rindu. Dada saya sakit yang terlalu waktu saya menyentuh helaian-helaian perihal tuanku. Maafkan saya kerana buat tidak ambil tahu. Jeling keberadaan tuanku di rak buku pun saya tidak mampu, apalagi mahu peluk baca tuanku.

Maafkan saya, tuanku. Entah apa keuntungan yang saya dapat dengan membina benteng ini saya sendiri pun tidak tahu. Saya tidak merajuk, tuanku. Saya cuma tidak mahu menahan rindu. Sudah saya katakan, sakit dada saya menanggung sendu. Dan saya tak tipu.

Maafkan saya, tuanku. Lambat benar mengucap rindu. Saya rasa menampung cinta untuk tuanku lebih dahsyat sakitnya berbanding dengan manusia lain yang saya begitu rindu.

Maafkan saya, tuanku. Tidak boleh saya lama-lama memegang tuanku. Saya tidak kuat menahan ribut rindu. Sudah terlalu banyak airmata yang turun dan saya tidak mahu menangis untuk tuanku.

Maafkan saya, tuanku. Pada detik ini, kudrat saya cuma mampu mengenang tuanku.



Cintakan selalu abadi
Walau takdir tak pasti
Kau selalu di hati
Cinta matiku

Seraya aku berdoa
Merayakan cinta
Kau selalu ku jaga



Saya di sini, tuanku. Saya di sini.



Friday, 8 January 2016

Mulakan langkah sebagai businesswoman dengan DROPSHIP


assalamu'alaikum geng. hari ni rasa macam nak share sikit tentang dropship since ada lagi yang tak faham apa bendanya dropship ni. aku explain dalam bahasa ringkas la ya. supaya lebih faham. 


APA BENDA DROPSHIP NI?

dropship ni adalah bila kita apply untuk menjadi agent sesebuah "kedai", tapi kita tak perlu pening-pening nak simpan stok barang jualan, tak perlu susah payah pergi pos barang pada customer dan tak perlu keluar modal banyak pun. okay bab modal tu actually sekadar yuran saja tapi banyak dropship yang tak ada yuran. free saja. yang beryuran standard RM10 ke atas. okaylah, affordable. 

kerja agent dropship cuma promosikan barang seolah-olah barang tu dia yang punya (haha). kalau barang tu ada brand so, agent dropship ni consider sebagai ambassador brand tu la (ye ye je). tapi banyak produk yang tak ada brand so, sedaplah kita buat seolah-olah tu produk kita. maksud aku di sini, customer tak perlu tahu pun mana kita ambil produk tu. kerja kita cuma promot habis-habisan dan layan customer. cabaran agent dropship ni sebab kita deal direct dengan customer. jadi medium antara supplier (kedai) dengan customer. orang akan nampak produk tu produk kita. so, kalau ada problem sepanjang tempoh jual beli pun, kita kena pandai-pandai handle situasi dan yang kena puji dan maki pun kitalah.


CARA KERJA DROPSHIP 

1 - agent dropship promosikan produk di facebook, instagram, wechat, whatsapp, blog ikut sukalah mana-mana.

2 - pembeli akan membeli melalui agent dropship dan bayar pada agent.

3 - agent dropship akan forward order customer pada supplier beserta bayaran yang telah ditolak dengan komisen.

4 - supplier akan pos barang pada customer.


LEPASTU KOMISEN MACAM MANA?

setakat pengalaman aku, ada dua cara untuk dapatkan komisen agent dropship.

1 - supplier akan tetapkan harga 

maknanya agent dropship wajib jual produk dengan harga yang sama macam supplier. biasanya penetapan harga ni untuk "kedai" yang ada company sendiri. so, untuk standardize-kan harga, semua agent wajib ikut guideline dari company.

komisen biasanya akan ditolak dalam bentuk persen. contoh harga jubah RM100. komisen agent dropship ialah 10%. jadi agent dropship perlu bayar pada supplier harga yang telah ditolak dengan komisen tadi. jadi komisen kita RM10 untuk sehelai jubah. kau paham tak ni? hahaha sorry kalau berbelit! makin mahal harga produk, makin tinggi nilai komisen kita.


2 - supplier bagi harga agent atau harga borong (tak tetapkan harga)

supplier akan bagi jadual harga setiap produk yang kelaskan harga jual dengan harga agent. contoh, harga jual wide shawl RM40. tapi harga untuk agent, supplier kasi RM30. dan komisen kita pula bergantung pada berapa harga yang kita nak jual. sama ada jual harga yang sama iaitu RM40 atau nak jual lebih lagi ataupun kurang lagi. sebabnya supplier tak tetapkan harga - kita diizinkan jual dengan harga yang kita nak tapi biarlah masih dalam harga pasaran (harga standard orang jual). jangan cekik darah.

cara kedua ni biasanya untuk "kedai" yang jual produk-produk borong atau yang belum ada company lagi. kalau nak ikut best memang best yang ni la sebab boleh tentukan harga sendiri tapi kena pandai-pandai survey baranglah.


MACAM MANA NAK SURVEY?

(ni untuk komisen cara kedua yang aku cakap kat atas ya)
kalau aku, aku cari macam ni. 

1 - aku tentukan dulu apa yang aku nak jual. contohnya jubah. 

2- aku akan cari online shop yang jual jubah.

3 - aku akan bandingkan harga kalau produk yang dijual tu banyak bersepah yang sama di pasaran.

4 - aku akan pilih shop yang jual paling murah. tapi kalau semuanya harga standard pasaran, pilih saja mana yang berkenan dan yang nakkan agent dropship. bukan semua shop mahukan agent okay.

5 - kalau dapat shop yang jual murah, aku akan jual balik dengan harga pasaran. contoh kalau harga agent dia bagi RM5 dan harga jual dia letak RM10. tapi harga pasaran RM15. so, aku pun jual harga pasaran. dapat dah untung RM10 untuk satu item. 

kena pandai jugalah susun startegi sebab kita nak promot barang tu pun guna kuota internet yang berbayar huhu. so, biar padanlah duit masuk dengan duit keluar. yang penting, meniaga kena ikut syariat dan jujur. jangan menipu. jangan ambil duit orang. jangan khianat supplier dan customer.


NAK JADI AGENT DROPSHIP?

berminat nak jadi agent dropship? cubalah. boleh tambah income tanpa kerah tenaga melainkan tenaga berfikir hiks. okay sini aku share.


nak jual tudung atau shawl yang simple tapi elegant?
EL SAJIDA (contact Kak Jida : 013-217-0768)

nak jual buku yang syariah compliant?
SAHABAT ATTAQWA (contact Farhana : 013-279-5592)

nak jual buku dengan genre yang pelbagai?
RNR BOOKSTORE (contact Kak Rehan : 013-206-2997)

nak jual jubah syariah compliant?
ANI MUSLIMAH (contact Kak Kira : 013-334-9456)


boss aku kak jida, kak rehan dengan kak kira. boss baik gila dan penyabar hahahaha. bolehlah kalian contact kalau berminat nak jadi agent dropship.

rasa macam banyak lagi nak share hahhaha tapi i've to go now. nantilah aku sambung.



Dear future husband, yes, I do like honey but, I can't make sure if I can still like it to have another honey in our life.


telah berfirman Allah Ta'ala dalam al-qur'an maksudnya ;

“dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain) : dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa’: 3)

---

kenapa tiba-tiba terkeluar cerita poligami ni?

entahlah. sebab teringatkan pertemuan dengan kakak-kakak yang punya madu. sekali lagi, entahlah. aku cuma terlebih kagum dengan para wanita besi ini. yang sanggup melamar perempuan lain untuk suaminya. aku sungguh tak mengerti jiwa seperti apa kalian. 


teringat zaman form 3 (2009), si fikri tanya setiap classmate perempuan dalam kelas;

"bagi tak suami kahwin lain?"

dan semestinya majoriti cakap tak. tapi belum sempat aku jawab, fikri pun cakap,

"anum mesti bagi suami dia kahwin lagi satu. tengok dari air muka."

entahlah. sama ada air muka aku ni jujur ikhlas sangat ataupun si fikri tu yang bengong hahaha. air muka aku punyalah orang cop singa, dia boleh cakap macam tu. tapi iyalah, mana tahu nantikan.


dan haritu makcik yang mengurut datang urut tangan. masa dia urut tu dia belek urat tangan dan cakap, 

"weh hoo budok ni.. mmadu (bermadu) kekgi nih." dan aku pun krik krik-lah seketika. tapi makcik tu sambung,

"takpo. doa banyok-banyok. niat molek. Allah tahu blako."


apa yang makcik tu "ramalkan" bukanlah aku perlu percaya. Allah punya kerja, luar tebakan manusia. tapi apa yang makcik tu kata boleh buat aku rasa bersedia. bersedia sekiranya aku ditakdirkan ada teman lain selain aku di dalam hidup suami nanti. sebab kita tak tahu masa depan macam mana dan benda tu tak mustahil. kalau Allah kata kun fayakun - angkat tangan surrender kita.

dan lepas peristiwa tu makin bertemulah aku dengan wanita-wanita yang Allah izinkan hidupnya punya madu. aku minta cerita, pengalaman dan apa yang dirasa. semuanya cuma buat aku terasa kecil dan termuhasabah.

sebab aku tak faham apa sebenarnya dalam jiwa mereka. macam mana mereka boleh kuat dan mampu merelakan cinta untuk dibagi.


dalam ayat lain Allah Ta'ala berfirman :

“dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) ; oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan).” (Surah An-Nisa’: 129)

---

rasa macam nak menangis baca ayat ni. betapa Allah tahu bagaimana kami para perempuan. seorang isteri belum tentu merasa adil apalagi dua dan lebih. itu yang buat aku bingung dengan jiwa-jiwa gagah yang sanggup memberi.

seorang isteri belum tentu merasa adil sebab kadang-kadang ada masa bila suami lebihkan keluarga, atau lebihkan kerja. kadang-kadang, sekadar "mak saya masak lauk ni lagi sedap." pun dah boleh buat isteri rasa terkebelakang. ya, walaupun rasa macam tak patut tapi benda ni ada - wujud hal cemburu sebegini. 

susahkan hati perempuan?

khususnya lagi bila suami kita pejuang agama. kerja jemaah memang tak kira masa. on-call mengalahkan doktor. pesakit lebih ramai - seluruh umat manusia. ada masa, dengan dakwah pun rasa macam bermadu. serius.

kakak aku pernah cakap memang rasa bermadu dengan dakwah. ini bukan pengakuan kita tak suka suami keluar berjuang, tapi ini statement bahawa sememangnya sunnah berjuang itu beginilah. ah, susahnya nak jelaskan. aku yang tak menikah lagipun ada waktunya rasa macam ni (sebab gedik lebih je ni ha). tapi betullah, kadang-kadang bila aku nak kasi tahu benda penting dekat bakal beliau, adalah saja jawabnya tengah programlah apalah. dan lagi dahsyat tak reply. dalam hati cuma mampu meratib, "tak nikah lagi dah rasa macam ni, nikah nanti tak tahulah macam mana". sebab rasa macam tak dipedulikan walaupun sebenarnya faham sangat situasi tu. tapi itulah, perempuan. haha.

entahlah aku. nak cakap banyak pun tak ada pengalaman lagi. aku cuma mampu titip doa supaya teman-teman perempuan yang "diuji" dengan poligami ini semoga sentiasa berlapang dada dengan Allah. ya Allah, susahnya nak buat. cakap senang saja. tapi ni nak cakap pun susah rasanya sebab kita tahu memang benda tu tak mudah untuk dihadap. semoga Allah kuatkan hati untuk terima segalanya dengan ikhlas. supaya dalam subjek cinta ini, kita tidak gagal dalam bab ikhlas, macam kata kak umy. ada ganjaran besar dari Allah yang menanti di negeri abadi.

Ya Allah, kuatkanlah kami semua supaya tak mati ketika diuji.







Thursday, 7 January 2016

Flashlight - Barden Bellas (Pitch Perfect 2)




i was a little late watching Pitch Perfect 2. aku tengok dalam jam 3 pagi macam tulah sebab baru habis download (haha). dan part ni paling rasa macam tak tahan - kenapa rasa macam sesuatu nak keluar dari mata?

yeah, it feels like that every time i watch this scene.

macam yang aku kasi tahu dalam entry sebelum ni (why do i write), aku memang ada huge passion towards sentiment. tak kisahlah pasal apa asalkan benda tu perasaan. so, jangan hairan kalau kadang-kadang nampak aku terlebih jiwang sebab i really love any sentiments dan kebanyakan sentimen mestilah love, kan?

tapi refer to this enty (klik sini), hal tu membuktikan aku melayu tulen. lahman wa daman, haha!


okay back to the topic.

lagu ni memang sangat cantik lirik dia. so very beautiful. setiap kali dengar memang rasa something. mata tak tahan nak menangis, serius tak tipu. khususnya untuk versi barden bellas yang nyanyi ni sebab aku memang suka nyanyian harmoni macam ni.


When tomorrow comes
I'll be on my own
Feeling frightened of
The things that I don't know
When tomorrow comes
Tomorrow comes
Tomorrow comes

ada masa bila kita tahu esok tak lagi sama dengan hari ini. pada waktu ini, elok saja berteman dan mereka ada di sisi tempuh suka duka bersama. tapi esok tak lagi sama. punca bukan cuma sebab ada salah faham atau bergaduh, tapi sebab tabiat bila berjumpa, berpisah kita kena terima - sebab ia pun ada. fitrah.


And though the road is long
I look up to the sky
And in the dark I found, lost hope that I won't fly
And I sing along, I sing along, and I sing along

tapi nak tak nak, sendiri pun tetap kena jalan. sebab hidup bukan cuma bergantung pada manusia sekeliling. kita punya matlamat yang sama tapi dengan gerak kerja yang berbeza. mahu atau tak, jalan terus ke depan walaupun bila pandang ke tepi, tak ada berteman.


I got all I need when I got you and I
I look around me, and see a sweet life
I'm stuck in the dark but You're my flashlight
You're getting me, getting me, through the night
Kick start my heart when You shine it in my eyes
Can't lie, it's a sweet life
Stuck in the dark but You're my flashlight
You're getting me, getting me, through the night
'Cause You're my flashlight (flashlight)
You're my flashlight (flashlight), You're my flashlight

what left is only memories. yang jadi pengganti tuan, yang bikin kita senyum sendiri. selama ini betapa hidup kita meriah dengan manusia di sekeliling kita. dan walaupun mereka tak ada, kita tahu Allah sentiasa teman jaga kita. yang suluh jalan ketika gelap mencengkam lantai. yang ada ketika kita susah apalagi pada waktu senang. Allah-lah, cahaya atas segala cahaya yang ada. Dia-lah yang menerangkan semua - hati perasaan, iman dan taqwa. dan semua hal gembira yang telah kita lalu bersama teman-teman juga asbabnya Allah. Dia yang campakkan kasih sayang untuk kita semua kutip dan bermain-main dengannya.


I see the shadows long beneath the mountain top
I'm not afraid when the rain won't stop
'Cause you light the way
You light the way,
You light the way

iyalah. sakit duka pun tak apa - sebab Allah selalu ada. Allah yang sediakan luka, maka Allah juga yang jadi penyembuhnya. sedangkan bila kita sakiti manusia sesama kita pun, kita terus memohon maaf dan mahu tebus kesalahan itu, apalagi Allah yang Akbar. Tuhan yang Maha Mencintai kita. sakit sedih yang diberi bukan saja-saja. ada sebab dan hikmah yang besar terselindung. bagai kita yang bersusah payah lewati peperiksaan akhir demi raih segulung sijil. begitu.


manusia di sekeliling kita semuanya flashlight kita. tapi yang sentiasa jadi flashlight itu Allah juga. tak akan kehabisan bateri. tak akan berlaku kerosakan pada mentolnya atau apa-apa sajalah yang akan memungkinkan flashlight itu tak hidup. sebab hanya Allah - baqa'. Allahu hayy.

terima kasih untuk semua - yang pernah dan sedang jadi flashlight aku. semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita. :)


I got all I need when I got you and I
I look around me, and see a sweet life










Can't lie, it's a sweet life.



Wednesday, 6 January 2016

"Azula always lies."


Zuko : I guess you wouldn't understand, would you, Azula? because you're just so... perfect.

Azula : oh yes, I guess you're right. I don't have sob stories like all of you. I could sit here and complaint how our mom liked Zuko more than me but, I don't really care. my own mother... thought I was a monster. she was right, of course but, it still hurts.




like zuko said, azula always lies. yes, she always lies. termasuklah dengan kata betapa dia tak peduli membesar tanpa belaian mak dia. kalau tengok dari timeline story tu memang nampaklah zuko ni sadis berbanding azula. kena buang keluarga dan kehilangan mak. benda tu semua tak mudah. dan kita nampak. kita tahu benda tu tak mudah untuk dihadap. it's hard to be zuko.

tapi bagi aku, sebenarnya lagi sadis untuk lihat orang yang kita sangka hidup sempurna, tapi dalam tak tahu ceritanya macam mana. macam azula-lah. true prodigy. master firebending dari kecil lagi. perform lightning yang susah, yang bukan semua orang mampu. she's one perfect girl. dari mata kasar kita lihat. tapi there are more than what meet the eyes kan.

aku rasa it's more harder being azula than being zuko. well, susah semua sebenarnya. tapi susah yang tak nampak tu hakikatnya lagilah susah dan unbearable to know. it's hard bila semua orang nampak kita perfect, strong enough to stand alone. tapi sebenarnya siapa saja yang tak perlukan sesiapa. kita semua perlukan manusia sekeliling yang ikhlas terima kita dan sayang kita. dan bila semua tu tak ditunjuk, orang nampak kita don't really need anyone. orang cuma nampak nasib badan sendiri dan tak akan terpandang satu pun titik lemahnya kita. orang tak akan pernah tanya whether you're okay or not because you always seem perfect to their eyes.

that's azula. poor child.


even aku yang tak se-strong azula ni pun pernah saja ada kawan kasi tahu,

"ainum kalau tak nikah pun tak apa."
"why?"
"entah. i just feel like you're strong enough to stand alone."

and i was like ha-ha apakahhhh. okay tu kalau suami. apalagi parents. macam azula. memanglah mak dia lebihkan zuko sebab azula ni lebih kepada ayahnya (firelord ozai) punya "tarbiyah". nakal jahat macam tu. salah anakkah membesar dengan sebegitu?

poor child, my princess.



zuko is true. azula always lies.



Saturday, 2 January 2016

"we borrowed something from Allah and it has been planned for Him to take it back and insyaAllah, I believe He'll give something good soon." - Shazreen Fazlynda


dua januari ;

ada lagi baki lebih kurang lima bulan untuk sediakan diri dan sihatkan diri pada skala maksimum (kot la). untuk sambung perjuangan yang tertangguh. sekarang pun sedang berjuang sebenarnya. dan aku rasa lagi bed-of-roses perjuangan di kipsas daripada berjuang yang sekarang. sebab nak berjuang lawan dengan perasaan sendiri. penat kot.

ada kawan yang tanya pergi kipsas tak bulan dua ni. dan aku pun tanya untuk apa lepastu dia cakap "konvo la." then i was like "owh, taklah." ya, konvo batch aku bulan dua. mantan batch aku, hiks. budak-budak ni tak senang duduk bila konvo asyik tunda. aku juga yang rilek makan nasi kat rumah. well, good thing la to have a no-need-to-think benda macam tu kan. orang risau fikir lambatnya sambung degree padahal orang lain dah dapat degree lebih dulu dalam usia sama. tua-tua baru nak sambung belajar, gitula gayanya kerisauan tu. pfft.

so, nak kata aku yang tak habis lagi ni macam mana? dua puluh dua belum tentu habis diploma ni macam mana?

i've heard so many rugi since i decided to extend my study. banyak sangat sampai aku dah nak muak dengar. sampai tahap aku "buang" mereka jauh-jauh sebab aku serabut dengar bising mereka yang tak ada lagu. dan those kind of words tu samalah bunyinya dengan rugi tu.

perkataan-perkataan tu yang buat aku jadi terfikir ; 

"if i never extend.. "

"if i choose to stay.. "

"if i don't go to see that student.. "

"if i don't answer to those stupid questions.. "

"if i don't be the deputy president.. "


everything's out. the if-i. everything. yelah kan, we never know how our words can affect someone. bad or good. macam kita sendiri yang pernah sakitkan hati orang dengan ayat kita, the same way-lah yang kita rasa bila orang usik emosi kita.

tapi alhamdulillah for i never regret my choice back then. walaupun tak ada single person yang datang dan cakap, "you did a right thing." nah, seriously aku baru sedar memang aku tak pernah dapat those kind of praises. haha.

i just found out one of the hikmah actually so, i start to write this entry.

sebenarnya Allah uji pada benda yang aku selalu yakinkan, yang aku selalu percaya dan yang selalu aku pegang -- tak ada kata rugi dalam proses belajar no matter how long it'll take. benda ni la yang aku selalu yakinkan orang bila ada yang datang cakap rugi tak masuk matrik, asasi dan what so ever-lah. ayat tu kalau kita translate dalam makna yang betul beginilah bunyinya ; diploma ni buang masa. 

tiga tahun ambil diploma - rugi. itu kata mereka. dan aku tetap mahu yakinkan bahawa masa tu memang hak Allah. belajar lama mana pun tak akan ada kata rugi sebab ilmu yang datang tak sama hari-hari. aku dapat matrik dan aku tak nak. sebab aku tak boleh belajar dalam keadaan pressure. orang lain mampu sebab mereka mampu. tapi aku kenal aku macam mana so, aku tolak awal-awal. dan alhamdulillah tiga tahun di kipsas tu memang masa yang sangat rugi-gila-kau-cakap-diploma-ni-merugikan-masa. i wonder how la bila orang yang cakap rugi tu tahu aku dah setahun extend sem ni. entah berapa kali rugi yang bakal dihambur. tapi see if i care-lah. 

Allah uji aku pada titik ni sebab Dia nak kasi tahu aku -- ni adalah apa yang aku pegang selama ni dan buktikan ianya betul. 

aku selalu cakap being excellent dalam belajar tu crucial thing tapi i don't mention anything about the time taken pun kan? anak-anak amijudin ni kepala otak gila sikit bab ni. jenis main aci redah. two of my sisters pun habis diploma dalam umur dua puluh dua ke atas. sebab sebelum ambil diploma mereka masuk pengajian lain tapi tak serasi so, keluar sebelum habis tempoh belajar.

people always remind me how strong i am (or was). sebab itulah yang orang nampak ; a very strong lady with a bright smile and a cat-lion attitude (haha). i don't even know ego aku dah pergi ke mana. ego yang sebenarnya bina personaliti aku - dan bila ego tu dah makin hilang sekaligus personaliti aku makin pudar. tapi tak apalah. mungkin Allah sengaja nak runtuhkan sebab Allah nak reproduced siti ainum yang lebih plain dan tulus inside out. just thinking of how Allah will make it dah cukup buat aku senyum sendiri sekarang.

tak sabar nak tahu apa lagi akan jadi lepas ni. tak sabar nak tahu Allah izinkan tak masuk kipsas this june. haha tak sabar nak tahu. 

try to put Him above all of everything -- yang susah perit payah pun rasa macam no hal. sebab kita sendiri pun hidup sebab Dia, jadi tak perlu susah-susah fikirkan akibat dunia.




oh, dan selamat berkonvo pada kawan-kawan sekalian. selamat sambung degree. tolong buang pemikiran yang tak perlu macam rasa tua ke, rasa tak berbaloi ke, tak apa saja lah -- sebab when you think you have it bad, others have had it worse. be grateful bila Allah bagi keizinan untuk belajar tak kisahlah umur tiga puluh sekalipun. tak semua orang gagah enough untuk jejak kaki ke medan ilmu.

bersyukur -- dan Allah akan tambah lagi nikmat rezeki.